Dua2 Kunci Abah Terbawak Ke Tempat Keja..

Author : Cik Rose Cute | 1:51 PM | 6Total Comments |
Salam buat kawan-kawan blogger...

Hari ni Isteri @ ibu cute nak buat entry pasal my hubby....jeng! jeng!..hehehe..(gelak cam Hantu..) Bukan pasal apa pun...Ni pasal my hubby terambik dua2 kunci bawak ke kerja.Aduh!... ister@ ibu cute tak perasan di bawak oleh my hubby...Dia sendiri tel....

Dialog  bersama My Hubby.

My Hubby: Ibu...Abah terambil kunci dua la....

Isteri @ Ibu cute: Ya ker....Camna budak2 nak main kat luar petang nanti? Kalau apa2 jadik camna nak keluar?

My Hubby: Tu la pasal...kalau ada apa2..keluar ikut pintu belakang la....

Isteri@ Ibu cute: (Dalam Hati..amboi senangnya laki aku cakap ikut pintu belakang ) Ibu kesian kat budak2 jer...Camna..diaorg nak keluar..

My Hubby: Tak payah main kat luar...main kat dalam umah jer...

Isteri@ Ibu cute: Emmmm  Okeylah...(Terus letak telefon)

Romantik tak dialog aku dengan hubby aku....,tak romantik pun...biasa 2 jer...Aku ni jenis brutal sikit...my hubby dah faham dah...and dah masak dengan perangai aku yang gila2 ni...tak pernah serius hehehe...Hari ni kami anak beranak terpaksa berkurung di dalam rumah...Tunggulah pukul 7.00pm nanti my hubby baru sampai rumah.Kauorg pernah tak situasi macam gini?....


P/S: Bersabarlah dengan karenah suami...Nescaya Syurgalah tempatmu...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

RESEPI OREO CHEESE CAKE ALA SARAWAK

Author : Cik Rose Cute | 3:22 PM | 2Total Comments |
Salam untuk kawan-kawan Blogger....

Haaaa Isteri@ibu cute ambik resepi ni kat blog Si kathy....,tapi Isteri @ Ibu cute ubah sikit cara resepinya hehehe jangan marah ya kathy...Just untuk pehaman Akak jer....

Untuk Bahan A

  • 50 gram butter
  • 2 paket biskut Oreo (Tinggalkan 7 @ 8 keping untuk hiasan )
  • 1 sudu gula halus
Untuk Bahan B
  • 250gram cream cheese (guna brand Philadelphia )
  • 80ml fresh milk (Beli jer Dutch Lady kotak kecik ) Kalau tak guna pon tak per...
  • 100ml Whipping Cream
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu besar Gelatine (Halal punya-Brand Nona ) + 40ml air panas untuk sebatikan Gelatine.
  • Krim Oreo ( Krim yg di keluarkan dari Biskut Oreo )
Cara-cara Membuat Untuk Bahan A
  1. Asingkan krim yg di dalam biskut oreo, untuk bahan A kita hanya gunakan biskut oreo sahaja.
  2. Hancurkan biskut oreo sehingga halus dan tinggalkan 7 keping biskut oreo untuk bahan B nanti.
  3. Masukkan butter ke dalam biskut oreo yang hancur tadi, pastikan butter telah lembut untuk senang di gaul.
  4. Masukkan gula halus ke dalam adunan tadi dan gaul sehingga sebati.
  5. Bila semua bahan A sudah sebati, masukkan ke dalam bekas adunan kek.Tekan sikit2 adunan supaya ia mampat dan padat.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam lebih (Tidak boleh kurang )
Cara-cara Membuat Untuk Bahan B
  1. Ambil Cheese dan lenyek cheese sampai kelihatan agak sebati.
  2. Masukkan susu (Dutch Lady) dan Whipping Cream kacau dan terus kacau
  3. Masukkan gula halus serta Gelatine yang sudah di campur dengan air panas dan masukkan ke dalam adunan tersebut pastu kacau.
  4. Masukkan krim oreo yg telah di asingkan tadi dan kacau
  5. Masukkan 3 keping biskut oreo yg telah di hancurkan ke dalam adunan.
  6. Keluarkan adunan bahan A dari peti sejuk (Pastikan Adunan tersebut berada di dalam peti sejuk selama 1 jam lebih okey..)
  7. Tuangkan adunan bahan B ke atas adunan bahan A dan hiaskan atau topping  keke tersebut dengan baki biskut oreo tadi..
  8. Kalau nak cantik taburkan dengan Chocolate Chip @ serbuk manik macam Cik Epal buat tu...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Awas!!! LEMBAGA HITAM Mengamuk di lebuh Raya

Author : Cik Rose Cute | 4:14 PM | 12Total Comments |
Salam untuk pembaca rakan-rakan blogger......
Hari ini Isteri@ibu cute nak story pasal cerita seram lagi....hehehe jangan marah ya...Kauorang pernah dengar tak cerita seram ni...yg berlaku kat Lebuh raya beberapa tahun lepas...,isteri @ ibu cute pernah jugak mendengarnya..kejadian ni berlaku terhadap sepasang suami isteri di lebuh raya karak.Ceritanya Begini...

Beberapa tahun lepas heboh org bercerita tentang kejadian ngeri yg menimpa sepasang suami isteri di Lebuh Raya Karak. Peristiwa ngeri itu berlaku pada suatu malam ketika pasangan itu dalam perjalanan pulang dari  Kuala Lumpur ke kuantan selepas menghadiri majlis kenduri arwah keluarga mereka di Ampang. Sampai di Karak , bahagian depan kereta itu tiba-tiba berasap. Si suami memberhentikan keretanya di lorong kecemasan dan membuka bonet. Ternyata radiatornya telah kekeringan air.
Si suami memandang sekeliling, tiada sebuah kereta pun yg kelihatan pada pukul 11.55 malam jumaat itu. Suasana sekeliling sunyi sepi, langit gelap. Hanya beberapa butir bintang saja yg kelihatan, itu pun nun di hujung pandangan. Lelaki itu mengeluh, pada siapa hendak meminta pertolongan? Dari mana hendak di cari air pada tengah-tengah malam buta itu? Hendak berjalan kaki ke R&R, entah berapa kilometer jauhnya. Lagipun, takkan hendak di tinggalkan isterinya bersendirian di dalam kereta?
Jarum jam terus berputar. Si suami mundar-mandir mencari sesuatu di pinggir jalan, manalah tahu ada botol atau bekas-bakas kosong yg berisi air. Kalau ada, boleh juga di isinya ke dalam radiator. Kalau keretanya dapat bergerak beberapa kilometer lagipun cukuplah, mungkin cukup untuk sampai ke hentian rehat    yg berikutnya.Sementara menunggu suaminya mencari botol dan tin kosong, si isteri berehat di dalam kereta. Dia menyandarkan badan ke kerusi untuk melegakan keletihan dan mata yg mengantuk, wanita itu memejamkan mata.
Seminit kemudian wanita itu bingkas bangun apabila tiba-tiba keretanya bergegar. Wanita itu terdengar bunyi bising di atas bumbung keretanya, seperti ada dua ekor binatang buas sedang bertarung. Bunyi dengusan serta cakaran bersilih ganti. Kereta terus bergoyang dan bergegar.Dua minit berlalu, tiba-tiba kedengaran buyi ngauman dan jeritan yg amat menakutkan dari bumbung kereta itu. Serentak itu juga cecair pekat meleleh ke cermin   depan kereta, belakang  dan ke empat-empat tingkap.Sebaik jeritan dan ngauman itu berakhir, kereta tersebut bergegar lagi dengan bunyi sesuatu  melompat turun dari kereta berkenaan . Wanita itu memandang keluar , dia melihat suatu lembaga  hitam yang besar dan berbulu lebat berlari ke arah hutan berhampiran.
Suami?? Wanita itu menggigil ketekutan. Di manakah suaminya??? Apa jadi pada dia?? Selepas pasti tiada lagi lembaga menakutkan di kawasan itu, wanita berkenaan memberanikan keluar dari kereta. Dia memandang ke atas bumbung dan.........."ABAAAANGGGG!" Si isteri meraung sebaik melihat suaminya terbaring di atas bumbung kereta dalam keadaan yang amat mengerikan. Isinya perutnya terburai, kesan cakaran penuh di badan bersama darah yg membasahi seluruh tubuhnya. Paling mengerikan , muka suaminya hancur seperti di mamah binatang buas bergigi tajam. Darahnya menyimbah ke serata tempat.
P/S: Kejadian mengerikan ini heboh di perkatakan beberapa tahun lalu tapi aneh, tiada sesiapa pun yang tampil untuk mengesahkan kejadian ini. Lalu tinggallah kisah itu sebagai misteri, hingga kita hampir    lupa mengenainya. Kauorg pernah dengar tak cerita sebegini sewaktu dulu...Haaaa lagi satu siapa yg duk jauh janganlah suka balik malam....Kami sekeluarga tak pernah balik malam banyak akibatnya...kita tak tahu kalau sesuatu yg ingin terjadi...Contoh: kalau kemalangan balik malam...mesti orang tak nampak kita kalau jatuh dalam cerum...jumpanya pagi besok...kan naya! tu...Kami walaupun balik ke Terengganu pun balik waktu pagi...tak adalah sampai sana malam....Ramai yg suka balik malam....kata diaorang sejuk....kalau balik siang panas walaupun bukak Econ....Suka hat kauorglah..jgn terjadi seperti di atas sudahlah.....
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

APA ADA DI DALAM PETI AIS RUMAH ANDA???

Author : Cik Rose Cute | 8:36 PM | 12Total Comments |
Salam untuk teman2 blogger....

Apa ada di dalam peti as kat rumah anda?...Mesti macam2 adakan...lagi2 yg suka memasak...Peti ais kat rumah Isteri@ Ibu Cute tak banyak barang...Cuma ada barang untuk memasak sajer...hehehe..kadang2 bukak peti kosong...(buat malu jer )...Sebenarnya Isteri @ ibu cute nak cerita pasal pembunuhan kejam kat Hollywood,Amerika Syarikat....Memang kejam betul! kalau tak caya baca story ni....

Suatu malam pada 1980, seorang perempuan murahan di bunuh dengan kejam di Hollywood Amerika Syarikat. Gadis yg sedang berjalan kaki bersendirian di kota hiburan itu di tikam bertubi-tubi, kemudian tubuhnya dikelar dan di potong-potong."Tengok apa ada dalam peti ais," kata penjenayah tersebut, Douglas Clark sambil tersenyum kepada kekasihnya yg bertandang ke rumah.
Wanita tersebut, Carol Bundy namanya pergi ke dapur. Dia menjerit sebaik melihat anggota badan manusia bertimpa-timpa di sumbat di dalam peti ais berkenaan. Paling mengerikan ialah kepala mangsa yg di penuhi darah dan mata separuh terbuka. Tapi daripada takut, lama kelamaan timbul pula geli hati. Lalu Carol menyolek muka mangsa. Bibirnya di gincu, rambut di sikat dan bulu mata di lentikkan dengan maskara sambil Carol ketawa berdekah-dekah.
Apabila di tangkap, Clark memberi tahu polis dia menyimpan kepala wanita yg telah di solek cantik itu untuk memudahkannya melakukan seks luar tabii!!! Tujuh tahun kemudian iaitu pada Mac 1987, polis Philedephia menyerbu rumah seorang lelaki bernama Gary Heidnik. Di sana mereka  menemukan mayat tiga orang wanita di ikat pada batang paip dlm sebuah bilik gelap bawah tanah. Heidnik mengaku telah menculik enam org gadis. Mangsa-mangsanya itu di kurung, di seksa dan di rogol selama berbulan-bulan sehingga mereka meninggal dunia.
" Beritahu kami, tangan siapa dalam peti ais tu?" tanya polis. "Oooo...tangan tu.Yang itu saya belum sempat makan lagi," jawab Heidnik selamba. Heidnik mengaku dia suka makan daging manusia di campur dengan makanan anjing. Setelah melahapnya, dia akan memaksa mangsa-mangsanya pula memakan makanan yg jijik itu.Bagaimanapun, Jeffry Dahmer mungkin kanibal yg paling menakutkan. Ketika di tangkap di Malwaukee pada julai 1991, peti sejuknya di penuhi daging dan anggota tubuh manusia termasuk kepala, buah pinggang, paru-paru, hati, jantung dan usus!
Semua penjenayah di atas telah mendapat hukuman setimpal kerana mereka sememangnya tidak layak hidup di dunia yang bertamadun ini.

P/S:Eeeee! Menyeramkan....Macammana rasa makan daging manusia ya??? Dahlah seksa orang tu..pastu rogol..pastu makan pulak dagingnya....Manusia jenis apa!!! Memang Kanibal betullah...Apa pendapat kawan-kawan Blogger...Nasib baik tak ada kat Malaysia...Kalau ada jugak entahla....Simpan Malaikat 44...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Fikir-fikir

Author : Cik Rose Cute | 12:39 PM | 8Total Comments |
BELAJARLAH DARI ALAM.


Assalamualaikum buat teman-temanku....Blogger...hari ini aku nak tulis entry yg amat berguna untuk kita fikirkan bersama dan renungkan.Lihatlah ke dalam diri, pelajari sifat-sifat alam yg di cipta Sang Penguasa Agung. Ya, belajarlah dari alam kerana kita juga sebahagian darinya.

  • Belajarlah dari matahari : Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yg terawang-awang di angkasa mahupun yg bertebaran di atas bumi. Kepada yg miskin mahupun kaya, yg mulia hatinya juga buat si kejam...kepada semua makhluk ciptaan Ilahi..

  • Belajarlah dari bunga:Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya, menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yg gundah, juga menggembirakan setiap mata yg memandang..

  • Belajarlah dari lebah : Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yg riang dan semangat membara....

  • Belajarlah dari pokok: Menghadiahkan buah yg manis dan segar sambil menundukkan dahannya...

  • Belajarlah dari bulan : Tenang memancarkan cahayanya yg kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap...

  • Belajarlah dari sungai : Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang tapi tiada suatu pun mampu menghalang ke maraannya...

  • Belajarlah dari daun yang gugur: Sabar ketika menghadapi kesukaran, sentiasa tersenyum menunggu hari yg baik dan sesuai untuk tumbuh kembali..

  • Belajarlah dari hujan : Kehadirannya di nanti-nantikan buat menyejuk alam yg hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yg gersang dan memberi 'nyawa' kepada tumbuh-tumbuhan...
P/S : Belajarlah menghargai diri sendiri sebelum menghargai diri orang lain...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

SIAPA LEBIH BAGUS???

Author : Cik Rose Cute | 1:44 PM | 4Total Comments |
Kita tidak tahu siapa lebih bagus kalau di mata Allah nanti...Hanya Dia sahaja mengetahui tentang kebagusan kita sebagai manusia.Aku nak story pasal zaman Rasullulah dahulu iaitu mengenai SYEIKH IBNU KHAFIF dengan dua orang anak muridnya....Jom kita baca bersama semoga kisah ini menjadi pengajaran pada kit semua...Insya Allah..
SYEIKH Ibnu Khafif  ialah seorang ahli sufi dari Parsi. Dia mempunyai dua org murid yg mempunyai nama yg sama, iaitu Ahmad. Untuk memudahkannya, dia memanggil Ahmad Tua untuk yg lebih tua umurnya dan Ahmad Muda untuk yg lebih kecil.Antara dua2 kanak-kanak itu, Ibnu Khafif lebih menyayangi Ahmad Muda. Tindakannya ini tidak di senangi murid-murid lain. Mereka beranggapan Ahmad Tua lebih bijak dan berdisplin berbanding Ahmad Muda.
Ibnu Khafif ingin menunjukkan sesuatu pada mereka. Pada suatu hari, dia membawa murid-muridnya ke rmah. Di hadapan rumahnya ter dapat seekor unta yg sedang tidur. "Ahmad Tua, kemari! Angkat unta itu ke atas loteng sekarang," Ibnu Khafif memberi arahan.Ahmad Tua garu kepala. "Mustahil, Tuan Guru. Unta itu kan besar. Mana boleh saya angkat sorang-sorang ke atas loteng."
"Tak apa, cukuplah tu. Ahmad Muda, kemari!" Ibnu Khafif memanggil Ahmad Muda pula," buat sebagaimana yang saya suruh tadi".Tanpa berkata apa-apa, Ahmad Muda terus menyingsing lengan baju dan mengetatkan ikatan pinggangnya. Kemudian dia mencangkung ke arah unta yg sedang tidur. Dia meletakkan ke dua-dua tangannya di bawah tubuh unta itu dan...."EEEErrgghh!!!!" dengan segala kudrat yg ada Ahmad Muda cuba mengangkat unta tersebut. Usahanya sia-sia sahaja. Unta itu sedikit pun tidak bergerak, maklum saja saiz haiwan itu yg besar manakan mampu di angkat oleh seorang kanak-kanak.
"Ahmad Muda. Cukuplah!," Ibnu Khafif menyuruhnya berhenti.Ahli sufi itu memandang anak-anak muridnya dan berkata; "Kamu dah nampak, kan? Walaupun kamu lihat Ahmad Muda macam lurus bendul, itu tidak bermakna dia bodoh. Dia telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sedaya upaya walaupun ia kelihatan mustahil. Sedangkan Ahmad Tua hanya memberi alasan dan tidak mahu langsung berusaha. Antara kamu, siapa yang lebih bagus?" tanya Ibnu Khafif kepada mereka.
Pelajar-pelajarnya terdiam.Mulai hari itu mereka mula menghormati Ahmad Muda.
P/S: Kauorang mesti faham sebalik kisah di atas??? Kita jangan pandang org tak ada mata...walaupun seseorang itu muda...tapi ilmunya penuh di dada kita mestilah hormatinya...Sekarang ramai Ustaz Muda...betul tak??lagi-lagi dekat Astro ada..segmen IMAM MUDA MUSIM KE DUA ni...
 
 
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Seram

Author : Cik Rose Cute | 8:08 PM | 6Total Comments |
MISTERI SEBUAH LIF

Entry ni aku baca dlm Mastika...dah lama dah...Saje jer aku snapkan kat sini...untuk tambahkan koleksi cerita seram aku..hehehe..Jangan marah ya kawan-kawanku...

SEBUAH HOTEL BESAR DI TEPI PANTAI DI WALES DIJADUAL AKAN DI RUNTUHKAN.TINDAKAN ITU TERPAKSA DI BUAT SEBAB HOTEL BERKENAAN SUDAH TERLALU TUA, BANYAK BAHAGIAN YG ROSAK DAN TIDAK SELAMAT KEPADA PENGGUNA. PERSIAPAN UNTUK MERANAPKANNYA DI ATUR, HANYA BAHAN LETUPAN SAJA YG BELUM DI PASANG.
BAGAIMANAPUN, BEBERAPA MINGGU SEBELUM DIRUNTUHKAN, KEJADIAN-KEJADIAN ANEH MULA BERLAKU.BUNYI-BUNYI PELIK SERING KEDENGARAN.SUARA-SUARA ANEH BERGEMA PADA MALAM HARI SEDANGKAN TIADA SESIAPA DI DALAMNYA. PALING ANEH ADALAH SEBUAH LIFNYA BERGERAK SENDIRI.
PADA WAKTU-WAKTU TERTENTU, LIF ITU AKAN BERGERAK DARI TINGKAT BAWAH KE TINGKAT DUA, KEMUDIAN BERHENTI. SETELAH LAMA DI SITU, IA TURUN SEMULA KE TINGKAT BAWAH. KEJADIAN ITU MENAKUTKAN SEMUA ORANG KERANA BEKALAN ELEKTRIK DI HOTEL TERSEBUT TELAH LAMA DI HENTIKAN.
KABEL PENGANGKUT LIF DI POTONG. TAPI TINDAKAN ITU JUGA GAGAL MENGHENTIKANNYA DARPADA BERGERAK SENDIRI. MISTERI ITU HANYA BERAKHIR SELEPAS ROD BESI LIF ITU DI ROSAKKAN. KEMUDIAN LIF BERKENAAN DI HENTAK-HENTAK HINGGA JATUH KE DASAR LUBANG.
SEHINGGA KINI, PERSOALAN BAGAIMANA LIF TERSEBUT BOLEH BERGERAK SENDIRI TANPA BEKALAN ELEKTRIK MASIH BELUM TERJAWAB.....




p/s: Nasib baik rumah aku tak pakai lif..kalau tak berhantu jugak kot..hehehe...macam2 kan kat dunia ni....


http://www.hairuliza-anakku.blogsport.com/ (Welcome My Blog )
 
 
 
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Awas Pakai telefon Canggih!!!

Author : Cik Rose Cute | 2:51 PM | 0Total Comments |
Salam Untuk Semua Kawan-kawanku Blogger.....Hari ni aku nak tulis entry pasal kebimbangan seorang ayah terhadap anaknya yang baru Akhil Baligh.Haaaa kauorg kena baca ni.....

Petang itu Si bapa, Ahmad Nuruddin namanya, berasa resah.Anaknya Faizal kini lain benar perangainya.Nuruddin faham, anaknya itu berusia sudah 14 tahun, sudah baligh dan sedang bergelodak jiwanya tetapi dia bimbang. Manakan tidak, Faizal kini suka berkurung, hidupnya hanya bertemankan telefon bimbit sahaja dan suka melihat gambar-gambar yang.....!!!!
Apa yang terkandung dlm telefon bimbit Faizal itulah yg menakutkan Nuruddin. Lantas, Nuruddin masuk ke bilik Faizal dan mengambil telefon bimbit anak sulongnya itu. Ketika itu Faizal sedang mandi.Nuruddin menekan punat, satu persatu. Di ruangan lagu, tertera nama-nama tertentu. Linkin Park, Simple Plan, Bunkface, Blink 182 dan entah apa-apa lagi. Apabila Nuruddin buka nama-nama tersebut, kedengaranlah lagu2 yg menyakitkan telinganya.
Nuruddin buka pula fail gambar. Fail pertama diberikan tajuk 'Wanita idaman'. Apabila dibuka , terpampanglah wajah artis2 jelita. Ada Jessica Alba, Paris Hilton, Miley Cyrus, Preity Zinta , Kareena Kapoor...semuanya berpakaian seksi. "Dah melampau budak ni!" Darah Nuruddin mula menyirap. Folder kedua, Nuruddin semakin marah. Tajuknya, 'Geram!!!' Sebaik Nuruddin membukanya, terpampanglah pula Pamela Anderson. Kemudian, gambar Britney Spears dan Malika Sherawat, juga tidak senonoh.Nuruddin bertambah hangat apabila dia melihat ada satu lagi folder diberi tajuk, 'Bahaya' Gambar menjolok mata'.
Kali ini Nuruddin tidak dapat lagi menahan marah. Patutlah dia hanya berkawan dengan telefon bimbit, rupa-rupanya anak bujangnnya itu suka melihat gambar2 perempuan.Sebagai bapa , Nuruddin tidak boleh diamkan saja perangai Faizal itu.Menyimpan gambar2 serta video yg tidak senonoh itu hukumnya haram. Berdosa. Salah di sisi undang-undang.Tambahan pula, kini handphone di gunakan untuk melihat dan merakam gambar2 yg tidak senonoh.Kalau dia tidak bertindak sekarg, Nuruddin bimbang Faizal akan terlibat pula dengan perkara yg bukan-bukan, hingga akhirnya melakukan jenayah rogol, cabul , dadah, ragut dan sebagainya.
"Dah melampau ni...dah melampau!!!!" Nuruddin ingin segera membuka folder gambar yg bertajuk 'Bahaya! Gambar menjolok mata' itu dan BERTINDAK!.....Tapi belum sempat Nuruddin membukanya, tiba-tiba pintu bilik mandi di buka. Faizal muncul dengan bertuala." Eh! Apa abah buat dengan handphone saya tu?" tanya Faizal, terkejut.Suaranya panik. Mukanya merah. Nah! Bukti kini di tangannya.Tanpa berlengah Nuruddin yg panas baran itu menengking Faizal. Dia meminta Faizal segera membuka folder tersebut.
" Buka sekrg , abah nak tengok! Oooo...kau dah teruk ya, Faizal!!!!" jerkah Nuruddin sambil membuka tali pinggangnya. Dia sudah bersedia untuk melibas tubuh anak sulungnya itu. " Tapi abah..."kata Faizal terketar-ketar. " Tak ada tapi-tapi!! Buka sekrg! " Jerkah Nuruddin lantas mengangkat tali pinggangnya itu.
Dengan terketar-ketar, muka yg pucat lesi dan jari yg menggigil, Faizal pun membuka folder gambar bertajuk 'Bahaya ! Gambar menjolok mata' itu, lalu terpampanglah gambar......dot..dot... 

P/S: Kalau ada anak lelaki yg sudah baligh...yg selalu berkawan gan phone jer...Itu ada makna tu...Kena Follow -up...,Jgn Asyik follow blog jer hehehe.....Aku pun nanti kena follow-up anak2 aku..tak kira laki ke perempuan....bila diaorang dah Akil baligh...Bahaya!!!!!!


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ