DASHBOARD HOME INSTAGRAM ALL DESIGN TUTOBIES TEMPAHAN FACEBOOK TWITTER

Thursday, April 14

Resepi Puding

Puding Roti Chocalate

Bahan-bahan yang Di perlukan:
  • 5 keping roti
  • 2 biji telur ( Gred A)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 200ml susu cair
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula- boleh kurangkan jika anda mau
  • 2 sudu besar butter/ marjerin ( Cairkan)
  • 4 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco )
Cara-caranya:
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur ,susu pekat , susu cair dan baki air tadi.Kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/ marjerin dan kacau rata sampai mendidih.Matikan api.
  4. Bahagikan kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko @ choc emulco. Kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli.Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat.Ulang hingga habis! Ketika melapis @ me' marble' kan hendaklah 'cepat' sebab puding @ agar2 ini mudah sejuk @ membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurangnya se jam.
  7. Enak di makan ketika sejuk.

PUDING ROTI ( STAIL KHAZAINI )

Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus agar2 tali ( 20 gram )
  • 2 cawan t 2 sudu besar gula.
  • 1.75 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 tin susu pekat
  • Esen vanilla
  • 2 biji kuning telur
  • 5-6 keping roti.
Cara-caranya:
  1. Bahan2 untuk di blender ialah 1 tin susu cair, 3/4 tin susu pekat, esen vanilla, 2 biji kuning telur, 5-6 keping roti ( Tak kisah roti apa-apa )
  2. Masukkan air ke dalam periuk bersama agar2.Masak sampai agar2 hancur.Kemudian masukkan gula (kacau hingga sebati )
  3. Bila gula sudah sebati, masukkan kesemua bahan yang di blender tadi.Kacau- tunggu sehingga mendidih.
  4. Angkat bahagikan kepada 2 bahagian. Satu warna asal dan satu lagi warna kesukaan  selera anda.
  5. Masukkan agar2 yg berwarna dahulu, bila agak2 dah hampir keras baru masukkan pula lebihan agar2 tadi.
  6. Tunggu sejuk dahulu, barulah di masukkan ke dalam peti.

Resepi Sup

Sup Bayam Dan Cendawan.

Bahan-bahan:
  • 1 ikat bayam hijau, siang berasingan daun dan batangnya, cuci dan toskan.
  • 6 kuntum cendawan tiram- potong kecil.
  • 1/2 camca besar udang kering, rendam dan tumbuk kasar.
  • 1 biji bawang besar- hiris
  • 4 ulas bawang putih- di titik
  • Air secukupnya
  • Garam dan secubit gula.
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga harum, tuangkan air secukupnya.(kacau dan biar mendidih )
  2. Letak batang bayam dan masak hingga lembut, tambah daunnya dan juga cendawan tadi.Perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula.
  3. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan segera.
  4. Sedap di makan begitu sahaja.

Minum Petang

Bubur Som-som Pandan

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • 1 sudu teh pandan emulco-boleh di ganti dengan kisar daun pandan bersama santan dan tapiskan.
  • Secubit garam
Cara-caranya
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kacau sebati.
  2. Masak dengan api sederhana besar hingga mendidih dan pekat.
  3. Tuangkan ke dlm acuan yang kecil-kecil, sejukkan sebentar sebelum di masukkaan ke dalam peti sejuk.
Sirap gula

Bahan-bahan
  • 250 gram gula melaka
  • 500ml  air
  • 2 helai daun pandan.
Cara-cara
  1. Masak semua bahan hingga gula cair.
  2. Tapiskan dan sejukkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...