Spaghetti

Author : Cik Rose Cute | 10:01 PM | 4Total Comments |
Ni resepi ni senang jer...,aku ambik dari blog alamak! lupa pulak namanya....huhuhu.Tapi tak perlah..janji dah ambik resepinya...jangan marah ye....
MEATBALL SPAGHETTI
Mee Spaghetti

  • Rebus spaghetti dan masukkan minyak bijan dan garam (goreng pun boleh, rebus pun boleh ) 
Sos spaghetti
  1. Masukkan sedikit minyak masak.
  2. Tumis cili kisar bersama bawang putih
  3. Kalau tak suka kuah pekat, masukkan sedikit air.
  4. Masukkan tomato puri, garam, serta sos spaghetti (kimball Classic )
  5. Masukkan cheese yg di koyak.
  6. Siap untuk di makan.
Simple jer kan...hasil resepi ni dari seorang pemuda yg hidup bujang...Sesiapa yg bujang boleh la..buat..hehehe...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Fikir-fikir

Author : Cik Rose Cute | 4:01 PM | 0Total Comments |
Selamat Petang Untuk Kawan-kawan Blogger...

Hari ni aku nak tulis pasal Ukuran Lilit Bumi....,Kauorang tahu tak berapa ukurannya..aku pun tak tahu..hehehe...Bumi kita kan bulat...Saintis yg berjaya ukur lilit bumi ialah Eratosthenes (276-195 Sebelum Masihi ).Beliau ialah seorang ahli matematik Yunani dan cendekiawan yang menguruskan Perpustakaan Agung di Iskandariah.
Begini cara pengiraan beliau yang menakjubkan itu: Mulanya Eratosthenes meneliti sebuah perigi yang dalam di Cyrene (sekrg di panggil Aswan ) , selatan Mesir. Dalam setahun, cuma sekali saja perigi itu di terangi sepenuhnya oleh cahaya matahari pada waktu tengah hari.
Eratosthenes tahu, Perkara ini hanya berlaku apabila matahari betul-betul berada di atas perigi tersebut.Beliau juga tahu, pada hari ia berlaku di Cyrene, matahari tidak berada betul-betul di atas bandar Iskandariah kerana pada waktu yg sama di Iskandariah, objek-objek bergaris tegak menunjukkan bayang-bayangnya.
Jadi, pada masa perigi di Cyrene itu di terangi sepenuhnya oleh cahaya matahari, Eratosthenes mengukur bayang-bayang tiang di Iskandariah. Dengan menggunakan pengetahuan beliau dalam bidang geografi dan pengetahuan tentang jarak antara Iskandariah dan Cyrene, beliau menganggarkan bahawa lilit bumi ialah 250,000 stadion. Satu stadion ialah ukuran panjang yang biasa di gunakan pada zaman kuno.
Bagi mengetahui adakah anggaran Eratosthenes itu tepat, pengukur profesional di upah untuk berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain sambil mengira langkah mereka. Apabila di tukar kepada pengiraan moden, anggaran kiraan Eratosthenes itu (stadion ) menjadi lebih kurang 40,000 kilometer- satu angka yang sangat hampir dengan ukur lilit bumi sebenar di Khatulistiwa; yg kita tahu sekrg ialah 39,842 kilometer. 
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Cerita Seram

Author : Cik Rose Cute | 4:00 PM | 6Total Comments |
Cerita ini adalah benar. Ianya terjadi ke atas seorang pelajar yang menuntut dalam jurusan Sains Sosial di sebuah Universiti tempatan pada pertengahan 1990-an lalu....
Pada semester pertama tahun dua, salah satu tugasan saya ialah membuat assignment  mengenai nisan Aceh, iaitu nisan zaman kerajaan Melayu lama. Dalam masa yang sama, saya juga sibuk menyiapkan assignment sejarah kuasa-kuasa besar dalam perang Dunia Pertama. Kedua-dua tugasan itu perlu di bentangkan dalam kelas tutorial yang cuma selang sehari saja. Bayangkan betapa sibuknya saya ketika itu.
Selepas Maghrib, saya mengepit fail dan menuju ke bilik sahabat saya, saliza.Malangnya hari itu dia di serang migrain pula. Hendak di ajak kawan lain, mereka baru saja keluar ke bandar.Mahu tak mahu, malam itu saya ke perpustakaan seorang diri.Mungkin di sebabkan malam itu hujan renyai, tambahan pula hujung minggu.Suasana sunyi sepi. Saya terus mencari buku-buku yang di sarankan pensyarah.Saya ambil buku-buku yang berkaitan hingga bertimbun di atas meja. Bab-bab yang ada bersangkutan dengan tugasan, saya fotostat, kemudian bawa balik ke meja dan menelaah. Sedang khusyuk menyelak helaian-helaian buku, tiba-tiba......
Alamaaaaaakk! Tidak sedar, sudah pukul 10.45 malam rupanya! Tinggal 15 minit saja lagi perpustakaan akan di tutup sedangkan masih banyak lagi buku yang hendak di rujuk.Saya selak helaian-helaian buku dan mencatat muka suratnya secepat mungkin.Dalam masa yang sama, saya menjeling ke depan,kiri, kanan dan belakang.Apabila menyedari tinggal saya seorang saja, saya terus mengemas dan bangun.Saya cuba mengejar dua orang pelajar di depan, tetapi terlambat. Lif terbuka sebaik saja mereka sampai dan tertutup sebelum saya sempat masuk.
Bila tinggal seorang tempat sunyi sepi, timbul rasa takut.Mulalah cerita-cerita menakutkan datang menyerbu fikiran.Siapa tidak tahu dengan cerita-cerita di perpustakaan itu. Ada orang bercerita, jika bersendirian pada waktu malam, akan kedengaran bunyi orang berjalan dari rak ke rak seperti mencari buku rujukan.Pernah juga di ceritakan oleh kawan saya, seorang pengawal keselamatan demam 3 hari selepas terserempak dengan tentera jepun sedang berkawad.Tangga perpustakaan pun ada juga ceritanya.Menurut senior, beberapa orang pelajar pernah di pegang dari belakang ketika menaiki tangga. Bila di toleh, mereka melihat lembaga putih yang berwajah hodoh dan di penuhi darah.
Waktu menggelisah seorang diri itulah pintu lif terbuka. Saya terus masuk.Namun sebaik saya masuk, seorang gadis saya lihat berjalan menghala ke lif.Wajahnya tunduk memandang lantai. Ah, alangkah leganya kerana saya mempunyai kawan. Lalu saya tekan butang lif terus terbuka sehinggalah pelajar perempuan itu masuk. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut kami. Dalam hati saya berkata, Wanginya perfume budak ni. Baunya lembut, selembut longgokan bunga.Saya menjeling ke arahnya, tetapi gadis itu masih tunduk memandang lantai. Wajahnya tidak berapa jelas kerana di tutupi kain tudungnya yang di tarik ke depan. Hmm budak tahun 1 agaknya, malu-malu lagi.Tapi baru sampai di aras tiga, pintu lif terbuka dan gadis berkenaan keluar. Saya tertanya-tanya kerana untuk apa dia turun di situ, sedangkan pintu keluar adalah di aras satu.
Pintu lif terkatup, ia bergerak turun dan berhenti pula di aras dua. Pintu terbuka dan saya terkejut, pelajar tadi berdiri di hadapan pintu! perlahan-lahan mengangkat muka dan memandang saya sambil tersenyum. Saya tergamam. Hendak menjerit, tapi suara tersekat di kerongkong.Dalam hati saya meraung, jika dia masuk, memang saya akan pengsan di situ juga. Namun pelajar itu cuma berdiri di depan pintu lif, tersenyum dan memandang saya dengan renungaan yang sukar untuk saya gambarkan: tajam,sinis dan menakutkan.Dia terus berdiri di situ hingga pintu lif tertutup.
Saya tahu, ketika itu muka saya pucat lesi. Mana mungkin dia boleh berdiri di aras lain dalam masa beberapa saat sahaja! Sebaik lif mencecah ke aras satu, pintunya terbuka. Tapi belum pun sempat melangkah keluar, saya lihat gadis itu sedang berdiri tercegat di hadapan pintu lif. Kali ini wajahnya tidak lagi seperti tadi, sebaliknya di penuhi bintil-bintil hitam. Dia merenumg saya dengan tajam. Saya seperti hendak terkencing. Hendak menjerit dan meraung sekuat hati, tapi tiada suara yang keluar. Lutut saya lembik. Saya tidak tahu apa yang patut di buat.Dan setapak demi setapak gadis itu melangkah masuk ke dalam lif sambil matanya tidak lepas memandang saya. Bau yang teramat busuk memenuhi lif. Selangkah demi selangkah dia menghampiri saya......
Nyaris saja saya pengsan tapi nasib baiklah, ketika pintu lif hampir tertutup semula,saya sempat berlari keluar. Tambah menakutkan, ketika itu saya cuma seorang saja yang tinggal." Esok-esok bawak bantal, tidur kat sini ya dik..." seorang pengawal menyindir sambil tersenyum di pintu keluar.Saya tidak mahu menjawab sindirannya itu kerana perasaan takut sudah tidak dapat di kawal lagi. Kerana peristiwa itu , saya demam 4 hari. Apabila saya menceritakan kejadian itu kepada kawan-kawan , mereka semua ketakutan. Tetapi ada juga yang ketawa. Rupa-rupanya ada di antara kawan-kawan saya itu yang pernah mendengar kejadian yang hampir serupa berlaku sebelum ini.Sejak kejadian itu saya tidak berani lagi pergi ke perpustakaan sorang2 dan keluar ketika jam hampir 11.00 malam. Siapa gadis berbintil hitam itu? Kami tidak tahu...
p/s:Sorry...storynya memang panjang...tapi..Ada aku kisah!!!!hehehe..Anda ada pengalaman sewaktu tinggal di hostel??? Mesti ada...pengalaman duduk asrama....serammmmm
 
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Resepi Puding

Author : Cik Rose Cute | 9:29 PM | 3Total Comments |
Puding Roti Chocalate

Bahan-bahan yang Di perlukan:
  • 5 keping roti
  • 2 biji telur ( Gred A)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 200ml susu cair
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula- boleh kurangkan jika anda mau
  • 2 sudu besar butter/ marjerin ( Cairkan)
  • 4 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco )
Cara-caranya:
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur ,susu pekat , susu cair dan baki air tadi.Kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/ marjerin dan kacau rata sampai mendidih.Matikan api.
  4. Bahagikan kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko @ choc emulco. Kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli.Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat.Ulang hingga habis! Ketika melapis @ me' marble' kan hendaklah 'cepat' sebab puding @ agar2 ini mudah sejuk @ membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurangnya se jam.
  7. Enak di makan ketika sejuk.

PUDING ROTI ( STAIL KHAZAINI )

Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus agar2 tali ( 20 gram )
  • 2 cawan t 2 sudu besar gula.
  • 1.75 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 tin susu pekat
  • Esen vanilla
  • 2 biji kuning telur
  • 5-6 keping roti.
Cara-caranya:
  1. Bahan2 untuk di blender ialah 1 tin susu cair, 3/4 tin susu pekat, esen vanilla, 2 biji kuning telur, 5-6 keping roti ( Tak kisah roti apa-apa )
  2. Masukkan air ke dalam periuk bersama agar2.Masak sampai agar2 hancur.Kemudian masukkan gula (kacau hingga sebati )
  3. Bila gula sudah sebati, masukkan kesemua bahan yang di blender tadi.Kacau- tunggu sehingga mendidih.
  4. Angkat bahagikan kepada 2 bahagian. Satu warna asal dan satu lagi warna kesukaan  selera anda.
  5. Masukkan agar2 yg berwarna dahulu, bila agak2 dah hampir keras baru masukkan pula lebihan agar2 tadi.
  6. Tunggu sejuk dahulu, barulah di masukkan ke dalam peti.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Resepi Sup

Author : Cik Rose Cute | 9:06 PM | 0Total Comments |
Sup Bayam Dan Cendawan.

Bahan-bahan:
  • 1 ikat bayam hijau, siang berasingan daun dan batangnya, cuci dan toskan.
  • 6 kuntum cendawan tiram- potong kecil.
  • 1/2 camca besar udang kering, rendam dan tumbuk kasar.
  • 1 biji bawang besar- hiris
  • 4 ulas bawang putih- di titik
  • Air secukupnya
  • Garam dan secubit gula.
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga harum, tuangkan air secukupnya.(kacau dan biar mendidih )
  2. Letak batang bayam dan masak hingga lembut, tambah daunnya dan juga cendawan tadi.Perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula.
  3. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan segera.
  4. Sedap di makan begitu sahaja.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Minum Petang

Author : Cik Rose Cute | 8:53 PM | 0Total Comments |
Bubur Som-som Pandan

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • 1 sudu teh pandan emulco-boleh di ganti dengan kisar daun pandan bersama santan dan tapiskan.
  • Secubit garam
Cara-caranya
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kacau sebati.
  2. Masak dengan api sederhana besar hingga mendidih dan pekat.
  3. Tuangkan ke dlm acuan yang kecil-kecil, sejukkan sebentar sebelum di masukkaan ke dalam peti sejuk.
Sirap gula

Bahan-bahan
  • 250 gram gula melaka
  • 500ml  air
  • 2 helai daun pandan.
Cara-cara
  1. Masak semua bahan hingga gula cair.
  2. Tapiskan dan sejukkan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Payu Dara " Di giling " Elak Di rogol

Author : Cik Rose Cute | 1:03 PM | 1Total Comments |
Entry ni adalah benar berlaku di negara negro mengikut budaya Cameroon.Ibu bapa diaorang takut anaknya kena di rogol oleh kaum lelaki di sana.Eeeee! takutnya...storynya begini...

Kisah 1
DEIONDRE    terbaring di atas lantai di dapur rumahnya.Nafasnya turun naik.Tangannya menggeletar menahan rasa takut melihat ibunya sedang memanaskan batu giling di atas tungku dapur.
Setelah 15 minit, batu itu pijar.Beralaskan sedikit kain, ibunya memegang hujung kedua-dua batu itu lalu di bawa menghampiri Dieondre.Tanpa belas kasihan, si ibu terus menekapkan batu panas itu pada buah dada anak gadisnya yang telanjang bulat.
Deiondre meronta-ronta, melolong kesakitan. Panas, pedih, ngilu! Bagaikan mahu cair dadanya itu.  Namun, jeritan dan tangisan gadis kecil berusia 10 tahun itu tidak di hiraukan. Si ibu terus menenyeh batu panas itu pada kedua-dua buah dada anak gadisnya.Pekikan dan tangisan si gadis tidak di hiraukan. Batu panas itu di lekap, di tekan-tekan pada dada anaknya, tak ubah bagai menseterika baju. Setelah 15 minit berlalu, barulah si ibu menghentikan 'seksaan' itu.

Kisah 2

NAKEISHA baru berusia sembilan tahun. Suatu hari ibunya memanggil si anak kecil itu lalu menyuruhnya berbaring. Pakaian atas dadanya di tanggalkan. Si ibu kemudian menuang air panas ke dalam besen. Berkepul-kepul asapnya naik.Lalu sehelai tuala kecil di celup ke dalam air panas itu. Si ibu melilit tangannya dengan sehelai kain tebal agar mudah dia memegang tuala panas itu. Di ambilnya tuala yang di rendam tadi, di lurutnya agar berkurangan airnya.
Kemudian, tuala yang masih panas itu terus dilekapkan pada dada Nakeisha.Apa lagi, terjerit-jeritlah si gadis kecil itu.Menggelupur menahan kesakitan.Si ibu tidak peduli. Dia terus menekan tuala panas itu. Selepas beberapa saat, si ibu berhenti menekan. Tuala itu di celur semula dan kemudian di lekapkan lagi pada dada Nakeisha. selepas 15 minit, barulah ibunya berhenti.
Nakeisha menyangka 'deraan' itu sudah berakhir. Tapi, ibunya melilitkan sehelai kain panjang pada dada Nakeisha. Lilitan itu sangat kuat dan menyakitkan tubuh si kecil. Ia tidak boleh di buka.Lilitan itu hanya di buka dua kali sehari, iaitu ketika sampai waktu untuk dada Nakeisha ' dirawat' dengan lekapan kain panas. Dan rutin ini berlarutan sehingga enam bulan lamanya.
Kauorang sanggup baca tak dua kisah di atas??? Hish!  Hish!! Ngeri, bukan! Apa yang di alami gadis-gadis kecil itu adalah sebahagian daripada cebisan kisah yang berlaku di Wilayah Cameroon di Afrika. Dera? Oh, Tidak! Tidak!...diaorang bukan di dera tapi memang dah tradisi  yang di amalkan turun-temurun di Cameroon. Kauorang nak tahu tak apa fungsinya???? jeng! jeng! jenggggg!  Fungsinya untuk 'menghancurkan'  dan 'mematikan' buah dada anak perempuan yang baru akil baligh.....Kesiankan....
Diaorang buat camtu ada sebab...diaorang takut anak diaorang kena rogol kemudian mengandung di awal usia 12 tahun..bayangkan.......Bagaimana dengan anak-anak gadis kita di sini? Apa langkah kita untuk mencegah mereka daripada terlibat seks bebas.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Siapa Kata Orang gemuk tidak cantik???

Author : Cik Rose Cute | 1:22 PM | 8Total Comments |
Ha....lelaki mesti tak suka kalau teman wanitanya gemukkannnnnn!!!!Alah.....jangan tak mengaku la..wahai semua lelaki...Kesian wanita yang gemuk....mesti terasakan....Contohnya kalau nak shopping mesti jurujual tak layan atau pandang sinis jer...Meskipun tubuhnya besar hatinya mestilah terusik sikit....Kalau Tuhan tu memberinya pilihan sudah pasti dia akan memilih untuk memiliki batang tubuh yang menarik dan ramping bagaikan seorang model.
Aku nak story sikit....Dulu belum kawin aku tak la gemuk...body ramping ma...kalau tak...takkan laki aku suka kat aku...kalau aku gemuk mesti dia tak suka...huhuhu...Betul ke orang gemuk tak ada yang nak kawan? Kawan aku pun gemuk jugak....Salah satu perangai orang gemuk ni...nak tahu kecantikannya apa??????????Hatinya baik,penyayang orangnya,ambil berat tentang kita....itulah sebenar-benarnya kecantikan....Kalau ramping cam model kalau hatinya tak baik...tak cantik jugak..betul tak???
Jangan pandang serong pada orang gemuk ya...Ramai orang seperti mereka yang berjaya..Contohnya macam Adibah Nor, Sharifah Aini, Aflin Shauki ( Artis pujaanku) dan ramai lagi...Hah!!! kepada orang-orang kurus janganlah hendak menghina orang berbadan besar! Tak baik mengata orang dan melabelkan orang dengan berbagai-bagai perkataan yang boleh menggores perasaan beliau...Terutama lelaki....hehehe..
Kecantikan adalah kurniaan Allah.Bila-bila masa sahaja Dia bolh tarik balik.Seperkara lagi orang yang berbadan besar ini seorang yang suka berfikir dan memiliki banyak idea yang bernas.Bukan itu sahaja,selain memiliki kualiti kepimpinan orang berbadan besar juga di katakan lebih caring  dan loving berbanding dengan orang yang bertubuh kurus.Apa pendapat anda??? Ada sesiapa hendak komen???


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Su Tiada dara

Author : Cik Rose Cute | 1:35 PM | 3Total Comments |
Pengakuan seorang gadis yang bernama su....Tanpa malu dan kesal dia menceritakkan kisah hidupnya.Berzina dan membunuh janin tak berdosa seolah-olah dunia ini tidak bertuhan....Ckit pn tidak mrse gerun dengan hukum Allah s.w.t.Katanya kalau bercinta tanpa check in, ibarat tin kosong...pe dia ingat bile wt cm2 die bleh jd tin yang berisi ke???Ibarat tin sardin yang padat ngn ikan sardin,mmmm memang padat,pdat berisi dosa....tobat la wei sebelum terlambat.Kite sume ni pun bukan hidup menongkat langit.Setiap perbuatan,samaada baik atau jahat ade ganjaran...Takut la akan balasa Allah.Azab Allah s.w.t amatlah dahsyat.....Takutttttttnya....Dunia Nak Akhir Zaman...
Kauorang kalau nak dapat menantu perempuan @ lelaki...bwk bkl menantu pompuan check dara di klinik  and lelaki kena wat sumpah laknat msh teruna atau tak...sebelum nikah hehehe...
Semasa bercinta memang la indah......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 P/s:Nantikan story Siapa kata Orang Gemuk Tidak Cantik????


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ