Kasihan Syifa....

Author : Cik Rose Cute | 1:29 PM | 6Total Comments |
Hari ini pantang aku dah masuk 23 hari.....Walaupun berpantang aku sudi jugak komen entry kauorang semua..he..he...macam bukan orang dalam pantang gua cakap lu...Syifa tidur aku layan la..blog aku yang tak berapa cun ni...,aku tengok kauorang punya blog semuanya cun!!!!Aku bukan nak citer pasal ni..aku nak citer tentang anak aku syifa yang comel tu...
Nose Cleaner Syifa
Si syifa ni dah dua hari asyik berhinggus and batuk kasihan dia...nak bagi ubat batuk tak boleh sebab syifa baby lagi...aku tengok pun kesian...batuknya cam tak lepas jer..nasib baik dia tak mengamuk.....cuma dia mengeluh jer...(alah..mengeluh baby camna...mesti ibu2 tahukan)...Pagi tadi aku suruh si yob (laki aku la...) belikan penyedut hinggus dengan vicks baby punyer... Tengok la tu...comel kan...Malam tadi aku cuba jugak sedut gan mulut aku tapi tak dapat...Setengah orang sedut hinggus anaknya pakai mulut jer...(Ibu2 pernah buat tak????) Kesian syifa....Pagi ni lepas mandi aku sedut pakai benda alah tu..baru la...si syifa lega...Hati ibu pun lega Syifa....
Vicks Siap ada harga lagi he..he..
Minyak Perutnya,hari tu pakai minyak yuyi tapi tak sesuai gan dia,mungkin minyak tu panas sedikit..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

DIA BERDIRI DI HADAPAN BILIK KAMI.....

Author : Cik Rose Cute | 7:41 PM | 4Total Comments |
Ni aku nak kongsi satu cerita gan member2 blog kat sini...sesiapa yg sudi bacalah....Pengalaman ini di lalui oleh saudara Ahmad Azmi Mohd Farid Orang Kuantan Pahang...semasa famili diaorang bercuti kat Teluk Kemang...Begini storynya......
SAMBIL berdiri di beranda apartmen, saya menghirup segelas oren.Memang mengasyikan duduk di situ pada waktu senja begini.Kaki langit yang merah dan hembusan angin Selat Melaka yang kuat menampar muka,membuatkan fikiran saya melayang ke sana ke mari.
Di ruang tamu,isteri dan anak-anak sedang leka menonton televisyen, ada yang terbaring di sofa, agaknya letih selepas puas mandi-manda di pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan ini, dan selepas itu berendam di kolam renang pula.Hari pertama sampai, begitulah.Dalam pada memerhatikan saki-baki pengunjung yang masih mandi-manda di pantai, tiba-tiba melintas seorang wanita berpakaian serba putih.Dia berjalan seorang diri sambil memandang tepat ke hadapan.Langsung dia tidak menoleh ke kiri dan kanan.
Saya cuba amati wajahnya, tetapi tidak jelas kerana hari semakin gelap.Umurnya mungkin pertengahan 20-an.Rambutnya pula lurus dan beralun di tiup angin.Wanita itu menarik perhatian saya kerana dia bejalan agak tangkas dan berseorangan diri.Dan lagi, orang-orang yang berada tidak jauh darinya langsung tidak memberi perhatian kepada wanita itu.Setiap langkahnya saya perhatikan hinggalah dia sampai ke sebatang pokok dan.........MENEMBUSINYA,lalu terus ghaib!!!Saya terus memerhatikan, seolah fikiran melayang...
"EHHHH!!!" saya tersentak,seperti baru terjaga dari tidur.Mana perginya wanita tadi???Saya mundar-mandir di ruang tamu dan termenung di sofa.Bingung saya memikirkan bagaimana wanita itu boleh menembusi pokok dan ghaib begitu sahaja.Ketika itu juga saya seperti baru tersedar bahawa sebelum hilang, tubuh wanita berkenaan seperti melayang di awangan.Kakinya tidak kelihatan dan pakaian putihnya tidak menjejak ke pasir pantai.
Sekitar pukul 9.30 malam hari ketiga kami di apartmen itu, isteri saya yang baru balik dari makan malam bersama anak-anak, tiba-tiba bertanya, siapa perempuan yang berdiri di depan pintu bilik kami tadi???Saya terkejut.Saya memberitahu isteri,di tingkat empat ini, cuma ada beberapa pintu apartmen saja yang di sewa, itu pun jauh dari apartmen kami.Di kiri dan kanan, tiada penyewa.
"Ya...adaaaa," isteri saya bertegas dan saya menafikan.Melihat isteri saya termenung, saya bertanya apa sebabnya.Menurut isteri saya, semasa keluar dari lif bersama anak-anak, dia melihat ada seorang wanita di hadapan pintu apartmen kami.Wanita itu berpakaian serba putih,usianya sekitar 20-an.Tetapi sewaktu sibuk memegang anak-anak dan membawa barang,dia mengalih perhatiannya dari wanita berkenaan. Apabila menoleh kembali, isteri saya dapati wanita itu sudah tiada.
Tambah isteri saya, sebelum masuk, dia menjenguk apartmen sebelah,manalah tahu sudah ada penyewa baru.Namu sangkaannya meleset.Rupa-rupanya bukan kami saja yang melihat wanita itu.Anak sulong kami,Amy mendengar perbualan kami.Selepas isteri saya bercerita, Amy terus mencelah.Kata Amy, dia juga ada ternampak wanita berpakaian serba putih yang kami maksudkan.Ia berlaku pada malam kedua kami di situ.
Menurut Amy, wanita itu di lihatnya berjalan di tingkat tiga apartmen yang bertentangan dengan apartmen kami.Badannya melayang dan hilang di hujung bangunan,kemudian menembusi dinding!!!Malam itu saya tidak tidur lena,takut wanita berbaju putih merayau dalam bilik kami pula.Esoknya, kami keluar selepas makan tengah hari.
Maaf,saya tidak tahu siapa wanita itu kerana saya tidak menyelidiknya dengan pekerja apartmen.Sama ada dia wanita yang membunuh diri, mati kemalangan atau lemas di pantai berhampiran apartmen kami, itu saya tidak tahu.Sudah dua tahun saya tidak ke Teluk Kemang.Kalau pergi ke sana pun,saya tidak akan menyewa di apartmen berkenaan lagi....Sumpah.
Ada Apa Dengan Cinta??
Sesiapa yang suka ke Teluk Kemang berhati-hatilah....Jangan menyewa apartmen tersebut....Takuttttttttt 
 
 
 
 
 
 
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Saka Bini....

Author : Cik Rose Cute | 9:55 PM | 3Total Comments |
Dah dua hari aku tak tulis apa kat entry aku ni...,ni aku nak kongsi satu cerita dengan kauorang semua..kalu sudi baca la...Story ni seram sikit...
Pukul 2.00 pagi,Fendi terjaga dari tidur.Rasa mahu membuang air kecil menganggu lenanya.Dia memandang ke sebelah.Isterinya,Rozi sedang lena dibuai mimpi.Fendi melangkah keluar dari kamar tidur menuju ke bilik air yang terletak di bahagian dapur rumah teresnya itu.
Selepas membuang air, sebelum masuk semula ke kamar tidur, Fendi meninjau bilik tidur anaknya.Sepanjang perkahwinannya dengan Rozi,mereka di kurniakan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. 
Sebaik sahaja Fendi menyelak pintu bilik anak perempuannya, Fifi, dia terperanjat apabila mendapati katil anaknya itu kosong. Fendi mengagak, mungkin anak bongsunya yang baru berusia empat tahun itu tidur di bilik abang-abangnya.
Fendi kemudiannya menuju ke bilik anak-anak lelakinya.Maklumlah, rumah teres yang di belinya kira-kira lima tahun lepas itu hanya mempunyai tiga bilik. Tetapi, sebaik membuka lampu, lelaki berusia 30 an itu menjadi lebih terperanjat apabila mendapati katil dua tingkat anaknya itu juga kosong.............."Eh! ke mana pula perginya budak-budak ni?" Fendi mula cemas.
Dia bergegas ke ruang tamu.Hatinya lega semula apabila melihat ke empat-empat anaknya itu ada di ruang tamu.Mereka tidur beriringan sambil di tutupi selimut sehingga ke paras dada.Tetapi Fendi berasa pelik melihatkan keadaan anak-anaknya yang sedang tidur itu.Ke semuanya sedang meniarap.Fendi memetik suis lampu ruang tamunya......."Eh!!??" Sekali lagi lelaki itu terperanjat sebaik sahaja cahaya menerangi ruang tamu rumahnya itu.
Dia melihat ada sesuatu yang bergerak-gerak di dalam selimut anak-anaknya itu.Ada dua atau tiga 'benda' yang sedang 'bermain' di bawah selimut itu,ia bergerak ke sana ke mari!.....Tanpa berlengah Fendi berlari ke dapur dan mengambil sebilah parang panjang yang terletak di sebelah sinki.Kemudian,Fendi bergegas semula ke ruang tamu.
Dia kemudiannya dengan berhati-hati memegang bucu selimut itu dan.......zapp!! Dengan pantas, Fendi menarik dan mencampakkan selimut itu ke tepi.Namun sebaik sahaja dia terpandang 'benda' yang bergerak di bawah selimut anaknya itu, jantung Fendi bagaikan terhenti.Lututnya merasa lemah.Serasa parang yang di pegangnya itu juga hampir terlepas.
Apa yang di lihatnya memang sukar untuk di terima akal, hingga Fendi berasa sangsi,apakah ini realiti atau dia sedang bermimpi.Fendi menyangka benda yang bergerak di dalam selimut anaknya itu ialah ular, Tetapi....!!!!!!! Fendi lihat, ada tiga makhluk kecil seperti bayi yang baru berusia lima bulan.Ke tiga-tiga budak itu sedang merangkak bermain-main di sekeliling anaknya.
Apabila menyedari kehadiran mereka di lihat oleh Fendi,makhluk itu terus berdiri.Mata mereka bulat dan berwarna merah, berkilat seperti biji saga.Ketiga-tiga makhluk itu marah kerana Fendi mengganggu mereka bermain.Beberapa saat kemudian,ketiga-tiga makhluk itu tiba-tiba ghaib! Fendi tergamam.Dia berjalan menuju ke sofa di hadapan anaknya itu,lalu duduk tersandar.
Peristiwa itu menguatkan lagi syak Fendi terhadap seseorang, yang di anggap menjadi punca kejadian-kejadian pelik yang berlaku di rumahnya.Kali ini,Fendi sudah tidak tahan lagi.Anak-anaknya kini turut  di ganggu! Dia tidak boleh berdiam diri lagi.Sebelum ini, hanya dia sahaja yang kena.....Yang menganggu Fendi bukan kawan-kawannya.Bukan juga jiran atau saudara-maranya.Tetapi orang yang di syaki oleh Fendi itu ialah ahli keluarga terdekat dan paling rapat dengannya,iaitu isterinya sendiri!....
Fendi mengesyaki Rozi adalah pewaris saka keturunan keluarganya.Sejak dari mula lagi, dia tahu Rozi sebenarnya mewarisi saka itu, dan kini telahannya semakin jelas.Perkara ini bukan baru, dia sudah mula sedar sejak dari awal perkahwinan mereka lagi.Ada beberapa perkara pelik yang berlaku sejak 10 tahun dia dan Rozi berumah tangga dan ia terus berlaku sehingga ke hari itu.Fendi masih ingat lagi,suatu malam di awal perkahwinan mereka, ketika mahu ber mesra dengan isterinya, tiba-tiba dia melihat wajah Rozi bertukar menjadi wajah makhluk yang amat menggerunkan!!!!
Muka Rozi di lihatnya bertukar menjadi hitam dan dia merenung Fendi dengan mata terbeliak ke marahan.Gigi Rozi seolah-olah bersiung sambil air liurnya meleleh-leleh.Fendi hampir terjatuh daripada katil kerana terlalu terkejut.Peristiwa itu Fendi ceritakan kepada isterinya,namun Rozi buat tidak peduli.Kata Rozi,itu semua bayangan dan bukannya betul.
Mungkin Fendi terlalu penat,atau terlalu terpengaruh dengan cerita-cerita hantu ketika berborak dengan rakan-rakannya di pejabat,hujah Rozi menyangkal cerita Fendi.Beberapa malam selepas itu,Fendi terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi mendesir seperti seekor ular.Kali ini,Fendi benar-benar jatuh dari katilnya apabila melihat Rozi berubah menjadi seekor ular tedung yang sedang bersedia untuk mematuk mangsanya!!!
Satu lagi perkara yang membuatkan Fendi yakin bahawa Rozi menerima saka dari keluarganya,apabila  Rozi gemar menyimpan tuala wanita yang sudah di gunakannya. Untuk apa??? Adakah darahnya itu untuk di berikan kepada saka tersebut??? Apabila di tanya, Rozi menafikannya.Kejadian-kejadian pelik yang berlaku itu membuatkan Fendi bertambah yakin, Rozi ada masalah.Sudah puas Fendi berbincang dari hati ke hati dengan Rozi tentang perkara tersebut, namun isterinya tetap mengatakan bahawa itu hanyalah sangkaan Fendi sahaja.
"Sehinggalah sampai pada peristiwa anak-anaknya pula di ganggu oleh saka isterinya itu,Fendi sudah tidak boleh sabar.Tidak lama selepas itu,Fendi dan isterinya bercerai....."jelas Haji  Amli Embong,peguam syarie yang mewakili Fendi dalam kes perceraian tersebut.
Story ini adalah kisah benar yang berlaku kepada Fendi...Tapi lama jugak si Fendi bertahan dengan bininya...10 tahun jugak la...Apa terjadi terhadap Si Rozi bekas jandanya itu....Entah la... 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Petua Mencuci Hati

Author : Cik Rose Cute | 11:23 AM | 4Total Comments |
Hari ini dah dua hari aku sampai dari kampung...rasa rindu pulak kat entry aku ni...Hari ni aku ingin berkongsi pasal Petua Mencuci Hati dengan korang semua...Mungkin korang dah tahu atau belum..tak kisah la...sebab aku suka info ni....he..he..Aku ambik dari pakar motivasi kita..siapa tak kenal dengan Datuk Dr .Haji Fadzillah Kamsah kan!!!!! semua orang kenal dia....Tu yang aku nak share dengan kauorg semua...
Segala aspek kehidupan ini bermula dari hati...Oleh itu,di bawah ini ada beberapa cara hendak mencuci hati kita....
  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa-Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan...Semasa berdoa turut katakan: "Ya Allah,jadikan hatiku bersih".
     2.Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100 kali sebelum tidur.Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.Di samping dosa-dosa di ampunkan.Otak tenang,murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3.Solat taubat-Selain daripada memohon keampunan,dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4.Membaca Al-Quran-Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh,penenang terapi.Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhuallah" sebanyak 3 kali.
5.Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari-Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6.Bisikan kepada diri perkara yang positif-Jangan sesekali mengkritik,kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.Katakanlah:"Aku sebenarnya....(Perkara yang elok-elok belaka)
7.Program minda/cuci minda-paling baik pada waktu malam sebelum tidur,senyum,pejam mata,katakanlah di dalam hati:"Ya Allah...Cuci otak aku,Cuci hati aku,esok aku nak jadi baik,berjaya,ceria,bersemangat,aktif,positif. Menurut kajian psikologi apa yang di sebut sebelum tidur dapat di rakam sepanjang tidur sehingga keesokan harinya- CUBALAH!!!!!
8.Berpuasa-Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan...
9.Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan kejahatan,tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10.Kekal wuduk
11.Bersedekah
12.Belanja orang makan
13.Jaga makanan-Jangan makan makanan yang Subhat (Was-was tidak pasti halal @ tidak)
14.Berkawan dengan ulamak
15.Berkawan dengan orang miskin(menginsafi)
16.Pesan pada orang jadi baik..
17.Menjaga pancaindera (mata,telinga,mulut, dan lain-lain)Jangan dengar orang mengumpat. 



              


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ