Resepi Puding

Puding Roti Chocalate

Bahan-bahan yang Di perlukan:
  • 5 keping roti
  • 2 biji telur ( Gred A)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 200ml susu cair
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula- boleh kurangkan jika anda mau
  • 2 sudu besar butter/ marjerin ( Cairkan)
  • 4 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco )
Cara-caranya:
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur ,susu pekat , susu cair dan baki air tadi.Kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/ marjerin dan kacau rata sampai mendidih.Matikan api.
  4. Bahagikan kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko @ choc emulco. Kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli.Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat.Ulang hingga habis! Ketika melapis @ me' marble' kan hendaklah 'cepat' sebab puding @ agar2 ini mudah sejuk @ membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurangnya se jam.
  7. Enak di makan ketika sejuk.

PUDING ROTI ( STAIL KHAZAINI )

Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus agar2 tali ( 20 gram )
  • 2 cawan t 2 sudu besar gula.
  • 1.75 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 tin susu pekat
  • Esen vanilla
  • 2 biji kuning telur
  • 5-6 keping roti.
Cara-caranya:
  1. Bahan2 untuk di blender ialah 1 tin susu cair, 3/4 tin susu pekat, esen vanilla, 2 biji kuning telur, 5-6 keping roti ( Tak kisah roti apa-apa )
  2. Masukkan air ke dalam periuk bersama agar2.Masak sampai agar2 hancur.Kemudian masukkan gula (kacau hingga sebati )
  3. Bila gula sudah sebati, masukkan kesemua bahan yang di blender tadi.Kacau- tunggu sehingga mendidih.
  4. Angkat bahagikan kepada 2 bahagian. Satu warna asal dan satu lagi warna kesukaan  selera anda.
  5. Masukkan agar2 yg berwarna dahulu, bila agak2 dah hampir keras baru masukkan pula lebihan agar2 tadi.
  6. Tunggu sejuk dahulu, barulah di masukkan ke dalam peti.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Resepi Sup

Sup Bayam Dan Cendawan.

Bahan-bahan:
  • 1 ikat bayam hijau, siang berasingan daun dan batangnya, cuci dan toskan.
  • 6 kuntum cendawan tiram- potong kecil.
  • 1/2 camca besar udang kering, rendam dan tumbuk kasar.
  • 1 biji bawang besar- hiris
  • 4 ulas bawang putih- di titik
  • Air secukupnya
  • Garam dan secubit gula.
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga harum, tuangkan air secukupnya.(kacau dan biar mendidih )
  2. Letak batang bayam dan masak hingga lembut, tambah daunnya dan juga cendawan tadi.Perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula.
  3. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan segera.
  4. Sedap di makan begitu sahaja.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Minum Petang

Bubur Som-som Pandan

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • 1 sudu teh pandan emulco-boleh di ganti dengan kisar daun pandan bersama santan dan tapiskan.
  • Secubit garam
Cara-caranya
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kacau sebati.
  2. Masak dengan api sederhana besar hingga mendidih dan pekat.
  3. Tuangkan ke dlm acuan yang kecil-kecil, sejukkan sebentar sebelum di masukkaan ke dalam peti sejuk.
Sirap gula

Bahan-bahan
  • 250 gram gula melaka
  • 500ml  air
  • 2 helai daun pandan.
Cara-cara
  1. Masak semua bahan hingga gula cair.
  2. Tapiskan dan sejukkan.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Payu Dara " Di giling " Elak Di rogol

Entry ni adalah benar berlaku di negara negro mengikut budaya Cameroon.Ibu bapa diaorang takut anaknya kena di rogol oleh kaum lelaki di sana.Eeeee! takutnya...storynya begini...

Kisah 1
DEIONDRE    terbaring di atas lantai di dapur rumahnya.Nafasnya turun naik.Tangannya menggeletar menahan rasa takut melihat ibunya sedang memanaskan batu giling di atas tungku dapur.
Setelah 15 minit, batu itu pijar.Beralaskan sedikit kain, ibunya memegang hujung kedua-dua batu itu lalu di bawa menghampiri Dieondre.Tanpa belas kasihan, si ibu terus menekapkan batu panas itu pada buah dada anak gadisnya yang telanjang bulat.
Deiondre meronta-ronta, melolong kesakitan. Panas, pedih, ngilu! Bagaikan mahu cair dadanya itu.  Namun, jeritan dan tangisan gadis kecil berusia 10 tahun itu tidak di hiraukan. Si ibu terus menenyeh batu panas itu pada kedua-dua buah dada anak gadisnya.Pekikan dan tangisan si gadis tidak di hiraukan. Batu panas itu di lekap, di tekan-tekan pada dada anaknya, tak ubah bagai menseterika baju. Setelah 15 minit berlalu, barulah si ibu menghentikan 'seksaan' itu.

Kisah 2

NAKEISHA baru berusia sembilan tahun. Suatu hari ibunya memanggil si anak kecil itu lalu menyuruhnya berbaring. Pakaian atas dadanya di tanggalkan. Si ibu kemudian menuang air panas ke dalam besen. Berkepul-kepul asapnya naik.Lalu sehelai tuala kecil di celup ke dalam air panas itu. Si ibu melilit tangannya dengan sehelai kain tebal agar mudah dia memegang tuala panas itu. Di ambilnya tuala yang di rendam tadi, di lurutnya agar berkurangan airnya.
Kemudian, tuala yang masih panas itu terus dilekapkan pada dada Nakeisha.Apa lagi, terjerit-jeritlah si gadis kecil itu.Menggelupur menahan kesakitan.Si ibu tidak peduli. Dia terus menekan tuala panas itu. Selepas beberapa saat, si ibu berhenti menekan. Tuala itu di celur semula dan kemudian di lekapkan lagi pada dada Nakeisha. selepas 15 minit, barulah ibunya berhenti.
Nakeisha menyangka 'deraan' itu sudah berakhir. Tapi, ibunya melilitkan sehelai kain panjang pada dada Nakeisha. Lilitan itu sangat kuat dan menyakitkan tubuh si kecil. Ia tidak boleh di buka.Lilitan itu hanya di buka dua kali sehari, iaitu ketika sampai waktu untuk dada Nakeisha ' dirawat' dengan lekapan kain panas. Dan rutin ini berlarutan sehingga enam bulan lamanya.
Kauorang sanggup baca tak dua kisah di atas??? Hish!  Hish!! Ngeri, bukan! Apa yang di alami gadis-gadis kecil itu adalah sebahagian daripada cebisan kisah yang berlaku di Wilayah Cameroon di Afrika. Dera? Oh, Tidak! Tidak!...diaorang bukan di dera tapi memang dah tradisi  yang di amalkan turun-temurun di Cameroon. Kauorang nak tahu tak apa fungsinya???? jeng! jeng! jenggggg!  Fungsinya untuk 'menghancurkan'  dan 'mematikan' buah dada anak perempuan yang baru akil baligh.....Kesiankan....
Diaorang buat camtu ada sebab...diaorang takut anak diaorang kena rogol kemudian mengandung di awal usia 12 tahun..bayangkan.......Bagaimana dengan anak-anak gadis kita di sini? Apa langkah kita untuk mencegah mereka daripada terlibat seks bebas.....
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Siapa Kata Orang gemuk tidak cantik???

Ha....lelaki mesti tak suka kalau teman wanitanya gemukkannnnnn!!!!Alah.....jangan tak mengaku la..wahai semua lelaki...Kesian wanita yang gemuk....mesti terasakan....Contohnya kalau nak shopping mesti jurujual tak layan atau pandang sinis jer...Meskipun tubuhnya besar hatinya mestilah terusik sikit....Kalau Tuhan tu memberinya pilihan sudah pasti dia akan memilih untuk memiliki batang tubuh yang menarik dan ramping bagaikan seorang model.
Aku nak story sikit....Dulu belum kawin aku tak la gemuk...body ramping ma...kalau tak...takkan laki aku suka kat aku...kalau aku gemuk mesti dia tak suka...huhuhu...Betul ke orang gemuk tak ada yang nak kawan? Kawan aku pun gemuk jugak....Salah satu perangai orang gemuk ni...nak tahu kecantikannya apa??????????Hatinya baik,penyayang orangnya,ambil berat tentang kita....itulah sebenar-benarnya kecantikan....Kalau ramping cam model kalau hatinya tak baik...tak cantik jugak..betul tak???
Jangan pandang serong pada orang gemuk ya...Ramai orang seperti mereka yang berjaya..Contohnya macam Adibah Nor, Sharifah Aini, Aflin Shauki ( Artis pujaanku) dan ramai lagi...Hah!!! kepada orang-orang kurus janganlah hendak menghina orang berbadan besar! Tak baik mengata orang dan melabelkan orang dengan berbagai-bagai perkataan yang boleh menggores perasaan beliau...Terutama lelaki....hehehe..
Kecantikan adalah kurniaan Allah.Bila-bila masa sahaja Dia bolh tarik balik.Seperkara lagi orang yang berbadan besar ini seorang yang suka berfikir dan memiliki banyak idea yang bernas.Bukan itu sahaja,selain memiliki kualiti kepimpinan orang berbadan besar juga di katakan lebih caring  dan loving berbanding dengan orang yang bertubuh kurus.Apa pendapat anda??? Ada sesiapa hendak komen???

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Su Tiada dara

Pengakuan seorang gadis yang bernama su....Tanpa malu dan kesal dia menceritakkan kisah hidupnya.Berzina dan membunuh janin tak berdosa seolah-olah dunia ini tidak bertuhan....Ckit pn tidak mrse gerun dengan hukum Allah s.w.t.Katanya kalau bercinta tanpa check in, ibarat tin kosong...pe dia ingat bile wt cm2 die bleh jd tin yang berisi ke???Ibarat tin sardin yang padat ngn ikan sardin,mmmm memang padat,pdat berisi dosa....tobat la wei sebelum terlambat.Kite sume ni pun bukan hidup menongkat langit.Setiap perbuatan,samaada baik atau jahat ade ganjaran...Takut la akan balasa Allah.Azab Allah s.w.t amatlah dahsyat.....Takutttttttnya....Dunia Nak Akhir Zaman...
Kauorang kalau nak dapat menantu perempuan @ lelaki...bwk bkl menantu pompuan check dara di klinik  and lelaki kena wat sumpah laknat msh teruna atau tak...sebelum nikah hehehe...
Semasa bercinta memang la indah......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 P/s:Nantikan story Siapa kata Orang Gemuk Tidak Cantik????
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Gadis Mahu Buang Hantu Di perkosa Bomoh.

Ni aku nak story sikit gan kauorang semua pasal entry ni.Tu la..bomoh2 sekarang tak boleh caya....Ada sesiapa suka pegi jumpa bomoh ker?

Niat seorang gadis berusia 17 tahun untuk mendapatkan rawatan dari seorang bomoh yang kononnya boleh menghalau makhluk halus yang di dakwa menumpang dalam badannya membawa padah apabila dia di rogol di rumah bomoh tersebut.
Lebih malang lagi kejadian rogol itu berlaku ketika kedua-dua ibu bapa pelajar tingkatan lima tersebut menunggu anak gadis  mereka di rawat di dalam bilik di rumah bomoh itu.Kejadian itu berlaku apabila gadis bersama ibu bapanya pergi ke rumah bomoh berusia 36 tahun itu bertujuan  untuk membuang hantu yang di dakwanya menumpang di dalam badan.
Menurut gadis tersebut sampai di rumah bomoh itu,beliau di suruh masuk ke dalam sebuah bilik untuk tujuan rawatan.Ibu bapa mangsa pula di suruh pula menunggu di ruang tamu manakala isteri bomoh itu berada di dapur.Selepas setengah jam menjalani rawatan dalam bilik,mangsa keluar dari bilik itu dan terus pulang.
Gadis tersebut menceritakan kepada ibu bapanya setelah pulang kerumah bahawa dia telah di rogol oleh bomoh tersebut.Ibu bapanya terkejut dan terus membuat laporan polis.

Aku baca story ni,dalam newspaper hari ni....Kauorang ada baca tak???

P/s: Jangan mudah percaya pada bomoh....Apa salahnya pegi jumpa Ustaz..kalau betul ada hantu menumpang  di dalam badan...
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Kawan Abah

Hari ni....pagi2 aku dah bangun untuk kemaskan rumah...kawan my hubby nak datang..katanya dalam 20 orang.Diaorang datang nak tengok baby syifa yang comel tu...(Ibu Perasan).My hubby koje malam..pukul 7.30am my hubby dah sampai umah sebab nak tolong wifenya berkemas jugak.Nasib baik dia nak tolong..kalau aku sorang2 naya aku...,dah la tak habis pantang lagi...Orang dulu2 kalau dalam pantang mana boleh pegang penyapu..betul ke????Aku pun konfius!!! kauorang pernah dengar tak???nak masuk anak 3 baru aku terdengar...entah la....Tapi orang dulu2 pantang larangnya memang kuat...Bertungku pun sebelum subuh...aku dengar pun terkejut!!!mak mertua aku yang cakap...patut la orang dulu2...ada yang sakit meroyan...tension!!! bangun awal...kalau baby tak tidur malam...haaaa kan naya...dengan mengantuknya....nak tungku camna? ada sesiapa yang boleh jawab???hehehe pantang sendiri ada best..ada yang tak bestnya...Aku cakap yang tak best dulu....Kena masak sendiri,mandikan baby sendiri,kemas rumah sendiri..boleh di katakan semua buat sendiri..tak ada sapa2 yang tolong....Kalau ada orang jaga...semua orang buat la...Tapi kena tahan telinga la...kalau kena tegur dengan kena bebel...(contoh pantang dengan mak mertua) kalau dengan mak sendiri okey lagi....hehehe betul tak????Ehhhhh...aku melalut pasal pantang pulak...aku nak story lain...dah terlebih telan ubat la ni...Kawan my hubby sampai dalam pukul 3.00pm...aku cuma masak bihum sup gan puding roti...sorry la aku tak ambik gambar...segan....Takkan la orang dalam pantang nak ambik gambar...Ok la kauorang baca lah story aku yang tak best ni...my jari aku dah sakit...(siapa suruh kau taip banyak2...hehehe) ok chow dulu..layan...
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Photo Syifa 3 hari dalam pantang

Senyumanmu Pengubat Rindu...
Engkaulah Permata Hatiku...

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tak ada mood


Salam untuk semua.....
Hari ini aku dok tahu nok cerita menda.......,(Kan keluar bahasa ganu aku ) Laki aku koje mlm...boring la...bukak facebook pun boring jugak...Emmmmmm....nak tulis entry pun malas...aku paksa jugak tulis ni...baby aku tengah sleep....aku story pasal pantang aku la...pantang aku dah masuk 33 hari dah...(lambatnya habis pantang...)Boring dah..asyik duk umah jer...nasib baik badan tak naik...Mintak2..timbang nanti..berat turun la...hehehe..kalau turun bestnya...Ya la..sejak dalam pantang ni...waktu malam mana ada aku makan...ubat pantang pun aku tak makan...Beli jugak product HPA...ada tu tersimpan...aku kesian kat baby aku....takut dia meragam...Aku try makan sekali jer..pastu stop...Cerita apa malam ni ya..kat TV 3???Aku rasa 999...aku jarang layan 999...Kalau cerita ASMARA 1 @ 2 aku layan...hahaha...jalan ceritanya best...kauorang ada tengok tak???Aku tak pernah miss...dari ASMARA 1 sampai ASMARA 2 yang tengah main sekarang kat tv 3...Aku dah melalut dah....Ok la...aku nak minum...kalau bagi baby minum susu badan...mesti si ibu haus...Betul Tak????(Para2 Ibu jer tahu..) Layan...

P/s: Bagilah Susu badan untuk anak2 anda..Banyak khasiatnya...


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Asal Seluar James Dean...

Hero pujaan ramai zaman 1950an..
Kauorang tahu tak asal seluar 'james Dean' tu...Aaaaa kalau kauorang semua nak tahu...bacalah tentang segmen yang aku nak tulis ni......nak kongsi gan kauorang semua..aku pun tak tahu jugak pada awalnya...setelah baca baru aku tahu...hehehe...(You all pernah pakai ke seluar 'James Dean' ni????) Aku pernah pakai...cuttingnya pun cantik jugak macam seluar 'Levis'...
PADA awal 1950an, ramai peminat John Wayne dan Marlon Brando terkejut apabila melihat aksi dua aktor pujaan mereka hanya memakai baj yang berleher bulat dan berbentuk huruf T  dalam filem yang di tayangkan di panggung wayang.Itulah kali pertama fesyen seperti itu di tontani.
pengaruh lakonan dua bintang filem HOLLYWOOD yang bertubuh sas itu dilihat amat seksi serta mengujakan muda-mudi sehingga ramai yang terikut-ikut dengan fesyen berkenaan.Lima tahun kemudian, aktor James Dean, pelakon yang paling ranggi pada masa itu memakai baju T yang dipadankan dengan kemeja serta leher terbuka dalam filem Rabel Without cause terbitan tahun 1955.
Gaya kasual james dean dalam filem berkenaan amat memukau penonton.Fesyen ala James Dean itu terus meletup.Seluruh dunia terpengaruh dengan fesyen  terbaru itu.Pada musim panas di Eropah fesyen baju T ala James Dean terus menjadi pilihan ramai.Industri baju T berkembang pesat hasil permintaan ramai sehingga ke seluruh Eropah.Fesyen itu seterusnya merebak ke seluruh pelosok dunia, dari Asia Timur dan Asia Barat sehingga ke Afrika.
Fesyen baju T seterusnya menjadi lebih canggih apabila kumpulan hipi pada tahun-tahun 1960an mencelup baju T dengan teknik ikat.Apabila proses saring sutera menjadi lebih canggih,baju yang di cetak juga semakin laku.Pelbagai fesyen di keluarkan tetapi industri baju T tetap menguntungkan.Di Amerika Syarikat sahaja misalnya, industri baju T bercetak mencatat jualan lebih daripada satu bilion dolar setahun.
Sebenarnya baju T mula di perkanalkan sejak perang Dunia pertama lagi.Askar-askar Amerika di Eropah di benarkan memakai baju berleher bulat dan nipis bagi menghadapi cuaca musim panas.Sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua, baju T menjadi suatu kebiasaan  di pakai oleh askar-askar Amerika di medan perang.
Idea memakai baju T hanya merebak ke seluruh dunia melalui filem hasil fenomena James Dean.Lagipun, baju T diterima ramai kerana inilah antara ciptaan paling ringkas pada zaman moden...
Aaaa you all dah tahu ker...tu la..cerita pasal asal-usul seluar jeans jenama James Dean dengan baju T nya...Aku dapat segmen dari Mastika...you all pernah beli Mastika tak...???Beli la..macam-macam story kat dalam tu...Aku pun dah lama tak beli..baru bulan ni laki aku beli...waktu aku keja selalu jugak la aku beli....panjang lebar pulak aku bercoleteh..nanti you all boring pulak...Okey aku Chowww dulu...Layan....
Ni la orangnya..hensem tak?? Sorry gambar kabur...

 Ini story Ada Apa Dengan Cinta????

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

April Fool (Tragedi Berdarah Orang Islam)..

Pada Abad Ke- 8 Msihi,Sepanyl berkembang menjadi sebuah negara Islam yang maju dan makmur apabila di tadbir oleh penguasa Islam.


Keadaan ini tidak di senangi oleh golongan kafir yang berjiran dengan Sepanyol.Mereka mahu lihat Islam hancur tetapi kebanyakan usaha mereka untuk menakluknya gagal.


Akhirnya pihak kafir menemui jalan untuk menghancurkan penduduk Islam Sepanyol.Caranya Mudah.Dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya untuk memecahkan perpaduan umat Islam.Strategi ini berjaya dan akhirnya sedikit demi sedikit Sepanyol jatuh ke tangan tentera salib.


Tentera salib amat kejam.Masyarakat awam termasuk wanita dan kanak-kanak di bunuh tanpa perikemanusiaan.Satu demi satu daerah di Sepanyol berjaya di takluki sehinggalah tentera ini tiba di wilayah terakhir iaitu Granada.Penduduk Islam di wilayah ini terpaksa bersembunyi di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.Lalu tentera Salib membuat satu taktik penipuan.


Mereka mengumumkan penduduk Granada di benarkan untuk keluar dari penempatan mereka dengan selamat dan di benarkan menaiki kapal yang telah di sediakan untuk keluar daripada Sepanyol.Percaya apa yang mereka janjikan tentera Salib,maka ribuan penduduk Islam di wilayah itu keluar rumah lalu berkumpul di pelabuhan.


Tentera Salib yang bersembunyi lantas membakar keseluruhan penempatan di situ termasuk golongan Islam yang masih terus bersembunyi di dalam rumah.Ribuan umat Islam yang sudah berkumpul di pelabuhan hanya tergamam tanpa dapat berbuat apa-apa bila melihat tentera Salib bukan saja membakar rumah-rumah mereka,malah turut membakar kapal yang di janjikan untuk membawa mereka keluar dari wilayah itu.


Mereka semua terkepung.Lalu tentera Salib dengan kejam menyerang dan membunuh kesemua umat Islam di pelabuhan itu termasuklah wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan.Yang kedengaran hanyalah gema takbir diiringi jeritan dan tangisan.Tiada seorang pun penduduk Islam yang terselamat.Granada bermandi darah!!!Mayat bergelimpangan,laut yang biru bertukar menjadi merah.Dan tragedi berdarah ini berlaku pada 1 April tahun 1847 Masihi dan di kenali sebagai "APRIL FOOL DAY oleh golongan Kristian.


Kawan-kawanku sekelian,jika orang kafir merayakan 'April Fool' sebagai hari untuk mengenang kemenangan mereka membunuh dan 'memperbodohkan' orang Islam berdasarkan tragedi Granada di Sepanyol,apa motif kita sebagai  orang Islam untuk turut sama 'berlawak' mengenakan orang lain pada 1 April?????fikir2kanlah....Aku tak pernah sambut pun April fool tu...kauorang pernah ke? Aku tengok kawan aku mengenakan orang adalah....pada hari tu....
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tengah Masak Gas......

Aku bengang betul hari ni....Dah la pagi2 dah bangun...basuh kain semua..settle....Tapi yang aku bengang tgh masak gas pulak habis...Si yob nak balik makan dalam pukul 10.30am.Dia keja pagi hari ni..biasanya kalau keja pagi si yob balik makan kat rumah.Puas telefon kedai gas tapi tak dapat...tu yang bengangnya....line tel dah kena potong ke...aku tak tahu la...sebelum ni tel kedai gas tu senang jer...terus dapat..kauorang pernah tak kena cam aku kena ni......
Tadi mintak gan jiran no tel gas yang lain..tel pun tak dapat jugak..Aduh!!!! kenapa hari ni nasib tak baik pulak...Aku dah tel dengan si yob..bilang dengan dia gas kat umah habis...dia cakap tunggu dia balik...baru dia pegi kedai gas lagi senang cerita..Asyik tel tak dapat jer........
                                                                  *
                                                                  *
                                                                  *
                                                                  *
                                                                  *
                                                                  *
                                                                  *
                                                                  *
                                                                 *
                                                                 *
                                                                *
                                                                *
Terpaksalh.....tunggu si yob balik dalam pukul 10.30am lebih...Bengang betul aku....Gara-gara gas punya pasal......Bengang aku bengang...tak dapat masak untuk laki aku...Huhuhu... 


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Suspek Kahak Dalam Paru2 Syifa

Salam buat teman-temanku......
Hari ini aku nak story pasal anak aku yang comel tu Syifa.....,Malam tadi kitorg bawak dia pegi check kat klinik Swasta sebab kesian tengok dia asyik batuk jer...pastu batuk muntah...Ibu mana sampai hati tengok keadaan anak cam tukan....kesian tengok keadaan dia dan campur gan risau..aku ajak si yob (laki aku) pegi ke klinik jap check..Sampai di klinik tengok ramai punyer la ramai..terpaksa la menunggu.....
Si yob (laki Aku) perutnya dah mula keroncong....,aku suruh dia bawak budak org tu pegi makan dulu..sementara aku menunggu turn nak masuk jumpa dokter kat dalam.Tunggu punya tunggu sampai la turn aku..."Nur Faqihah Syifa" nurse kat dalam tu panggil..aku masuk la...laki aku belum siap lagi makannnya...Tengah dokter check syifa baru dengar suara laki aku kat luar...
Dokter check syifa...dokter cakap kahak dalam dadanya sebelah kiri banyak...nak bagi ubat batuk tak boleh because baby lagi...dokter cakap bawak la si syifa ni ke hospital Klang..Mungkin kat sana nanti Si syifa kena sedut kahaknya.Aku dengar jer ngeri bunyinya.....Dalam kepala aku...macam2 aku fikir...dalam kepala si yob entah la...tengok mukanya lain jer...(takut jugak kot...tak tahu dokter sedut pakai apa???)
Pukul 8.30am kitaorg berangkat la ke hospital klang.Hospital dari rumah kami tak la jauh...dalam 20 min dah sampai kot kalau jalan clear.....tu jalan clear...Bila dah sampai kitaorg tanya dekat kaunter pertanyaan...diaorg cakap pegi kat area emergency...aku dengar perkataan "emergency" pun dah takut....terpaksalah jalan..parking kereta jauh...sampai kat bahagian tersebut kami register dan duduk tunggu no giliran "1022".
Tidak lama kemudian no di panggil...kitaorg masuk dan jumpa dokter.Dokter check dada syifa...dokter tanya Demam ke tak...memang syifa tak demam cuma batuk jer...jawabku...Bila siap check dokter cakap tak ada apa2 cuma nafasnya saja berbunyi...sikit.Kalau demam gan batuk itu yang bahaya kata dokter.Aku lega kejap...(tak la kena sedut anak aku...selamat...bisik aku) kata dokter lagi kalau demam datang hospital balik...nanti ambik ubat dekat kaunter...Selamat!!!! Aku tengok muka si yob lega sikit...mau pulak dia senyum..waktu datang tadi diam dan masam mukanya....(risau kot)...Yalah...aku gan syifa dalam pantang lagi...tu klinik yang kitaorg pegi pada awalnya takut bagi ubat...takut..tanggung risiko kalau terjadi apa2 kat syifa...sebab syifa belum sebulan lagi baru 27 hari...Apa yang penting tak la..kena sedut apa yang dokter kat swasta tu cakap....Gara2 Kakak syifa la...(anak aku yang sulong) berjangkit kat syifa...kakaknya batuk gan selesema datang pulak kat adiknya..tu yg berjangkit...Budak2 mana tahu....Banyak kali larang dia datang jugak nak main gan adiknya...Emmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Mutiara Kata...

***********************************************************************
                                                   WANITA
Nafsu mengatakan wanita itu cantik kerana rupa parasnya.Akal mengatakan wanita itu cantik kerana ilmu dan kepandaiannya.Hati mengatakan wanita itu cantik kerana akhlak dan imamnya.
***********************************************************************
                                                 SAHABAT
Sahabat yang beriman ibarat matahari yang menyinari semesta alam.Sahabat yang setia ibarat wangian yang mengharumkan si pemakai.Sahabat sejati ibarat pendorong impian untuk mencapai kejayaan.Sahabat berhati mulia ibarat penyuluh membawa ke jalan Allah.
                                                       *
                                                       *
                                                       *
                                                       *
                                                       *
                                                       *
                                                       *
                                                       *
                                                      *
Ada apa Dengan Cinta??
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Kasihan Syifa....

Hari ini pantang aku dah masuk 23 hari.....Walaupun berpantang aku sudi jugak komen entry kauorang semua..he..he...macam bukan orang dalam pantang gua cakap lu...Syifa tidur aku layan la..blog aku yang tak berapa cun ni...,aku tengok kauorang punya blog semuanya cun!!!!Aku bukan nak citer pasal ni..aku nak citer tentang anak aku syifa yang comel tu...
Nose Cleaner Syifa
Si syifa ni dah dua hari asyik berhinggus and batuk kasihan dia...nak bagi ubat batuk tak boleh sebab syifa baby lagi...aku tengok pun kesian...batuknya cam tak lepas jer..nasib baik dia tak mengamuk.....cuma dia mengeluh jer...(alah..mengeluh baby camna...mesti ibu2 tahukan)...Pagi tadi aku suruh si yob (laki aku la...) belikan penyedut hinggus dengan vicks baby punyer... Tengok la tu...comel kan...Malam tadi aku cuba jugak sedut gan mulut aku tapi tak dapat...Setengah orang sedut hinggus anaknya pakai mulut jer...(Ibu2 pernah buat tak????) Kesian syifa....Pagi ni lepas mandi aku sedut pakai benda alah tu..baru la...si syifa lega...Hati ibu pun lega Syifa....
Vicks Siap ada harga lagi he..he..
Minyak Perutnya,hari tu pakai minyak yuyi tapi tak sesuai gan dia,mungkin minyak tu panas sedikit..


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

DIA BERDIRI DI HADAPAN BILIK KAMI.....

Ni aku nak kongsi satu cerita gan member2 blog kat sini...sesiapa yg sudi bacalah....Pengalaman ini di lalui oleh saudara Ahmad Azmi Mohd Farid Orang Kuantan Pahang...semasa famili diaorang bercuti kat Teluk Kemang...Begini storynya......
SAMBIL berdiri di beranda apartmen, saya menghirup segelas oren.Memang mengasyikan duduk di situ pada waktu senja begini.Kaki langit yang merah dan hembusan angin Selat Melaka yang kuat menampar muka,membuatkan fikiran saya melayang ke sana ke mari.
Di ruang tamu,isteri dan anak-anak sedang leka menonton televisyen, ada yang terbaring di sofa, agaknya letih selepas puas mandi-manda di pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan ini, dan selepas itu berendam di kolam renang pula.Hari pertama sampai, begitulah.Dalam pada memerhatikan saki-baki pengunjung yang masih mandi-manda di pantai, tiba-tiba melintas seorang wanita berpakaian serba putih.Dia berjalan seorang diri sambil memandang tepat ke hadapan.Langsung dia tidak menoleh ke kiri dan kanan.
Saya cuba amati wajahnya, tetapi tidak jelas kerana hari semakin gelap.Umurnya mungkin pertengahan 20-an.Rambutnya pula lurus dan beralun di tiup angin.Wanita itu menarik perhatian saya kerana dia bejalan agak tangkas dan berseorangan diri.Dan lagi, orang-orang yang berada tidak jauh darinya langsung tidak memberi perhatian kepada wanita itu.Setiap langkahnya saya perhatikan hinggalah dia sampai ke sebatang pokok dan.........MENEMBUSINYA,lalu terus ghaib!!!Saya terus memerhatikan, seolah fikiran melayang...
"EHHHH!!!" saya tersentak,seperti baru terjaga dari tidur.Mana perginya wanita tadi???Saya mundar-mandir di ruang tamu dan termenung di sofa.Bingung saya memikirkan bagaimana wanita itu boleh menembusi pokok dan ghaib begitu sahaja.Ketika itu juga saya seperti baru tersedar bahawa sebelum hilang, tubuh wanita berkenaan seperti melayang di awangan.Kakinya tidak kelihatan dan pakaian putihnya tidak menjejak ke pasir pantai.
Sekitar pukul 9.30 malam hari ketiga kami di apartmen itu, isteri saya yang baru balik dari makan malam bersama anak-anak, tiba-tiba bertanya, siapa perempuan yang berdiri di depan pintu bilik kami tadi???Saya terkejut.Saya memberitahu isteri,di tingkat empat ini, cuma ada beberapa pintu apartmen saja yang di sewa, itu pun jauh dari apartmen kami.Di kiri dan kanan, tiada penyewa.
"Ya...adaaaa," isteri saya bertegas dan saya menafikan.Melihat isteri saya termenung, saya bertanya apa sebabnya.Menurut isteri saya, semasa keluar dari lif bersama anak-anak, dia melihat ada seorang wanita di hadapan pintu apartmen kami.Wanita itu berpakaian serba putih,usianya sekitar 20-an.Tetapi sewaktu sibuk memegang anak-anak dan membawa barang,dia mengalih perhatiannya dari wanita berkenaan. Apabila menoleh kembali, isteri saya dapati wanita itu sudah tiada.
Tambah isteri saya, sebelum masuk, dia menjenguk apartmen sebelah,manalah tahu sudah ada penyewa baru.Namu sangkaannya meleset.Rupa-rupanya bukan kami saja yang melihat wanita itu.Anak sulong kami,Amy mendengar perbualan kami.Selepas isteri saya bercerita, Amy terus mencelah.Kata Amy, dia juga ada ternampak wanita berpakaian serba putih yang kami maksudkan.Ia berlaku pada malam kedua kami di situ.
Menurut Amy, wanita itu di lihatnya berjalan di tingkat tiga apartmen yang bertentangan dengan apartmen kami.Badannya melayang dan hilang di hujung bangunan,kemudian menembusi dinding!!!Malam itu saya tidak tidur lena,takut wanita berbaju putih merayau dalam bilik kami pula.Esoknya, kami keluar selepas makan tengah hari.
Maaf,saya tidak tahu siapa wanita itu kerana saya tidak menyelidiknya dengan pekerja apartmen.Sama ada dia wanita yang membunuh diri, mati kemalangan atau lemas di pantai berhampiran apartmen kami, itu saya tidak tahu.Sudah dua tahun saya tidak ke Teluk Kemang.Kalau pergi ke sana pun,saya tidak akan menyewa di apartmen berkenaan lagi....Sumpah.
Ada Apa Dengan Cinta??
Sesiapa yang suka ke Teluk Kemang berhati-hatilah....Jangan menyewa apartmen tersebut....Takuttttttttt 
 
 
 
 
 
 
 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Saka Bini....

Dah dua hari aku tak tulis apa kat entry aku ni...,ni aku nak kongsi satu cerita dengan kauorang semua..kalu sudi baca la...Story ni seram sikit...
Pukul 2.00 pagi,Fendi terjaga dari tidur.Rasa mahu membuang air kecil menganggu lenanya.Dia memandang ke sebelah.Isterinya,Rozi sedang lena dibuai mimpi.Fendi melangkah keluar dari kamar tidur menuju ke bilik air yang terletak di bahagian dapur rumah teresnya itu.
Selepas membuang air, sebelum masuk semula ke kamar tidur, Fendi meninjau bilik tidur anaknya.Sepanjang perkahwinannya dengan Rozi,mereka di kurniakan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. 
Sebaik sahaja Fendi menyelak pintu bilik anak perempuannya, Fifi, dia terperanjat apabila mendapati katil anaknya itu kosong. Fendi mengagak, mungkin anak bongsunya yang baru berusia empat tahun itu tidur di bilik abang-abangnya.
Fendi kemudiannya menuju ke bilik anak-anak lelakinya.Maklumlah, rumah teres yang di belinya kira-kira lima tahun lepas itu hanya mempunyai tiga bilik. Tetapi, sebaik membuka lampu, lelaki berusia 30 an itu menjadi lebih terperanjat apabila mendapati katil dua tingkat anaknya itu juga kosong.............."Eh! ke mana pula perginya budak-budak ni?" Fendi mula cemas.
Dia bergegas ke ruang tamu.Hatinya lega semula apabila melihat ke empat-empat anaknya itu ada di ruang tamu.Mereka tidur beriringan sambil di tutupi selimut sehingga ke paras dada.Tetapi Fendi berasa pelik melihatkan keadaan anak-anaknya yang sedang tidur itu.Ke semuanya sedang meniarap.Fendi memetik suis lampu ruang tamunya......."Eh!!??" Sekali lagi lelaki itu terperanjat sebaik sahaja cahaya menerangi ruang tamu rumahnya itu.
Dia melihat ada sesuatu yang bergerak-gerak di dalam selimut anak-anaknya itu.Ada dua atau tiga 'benda' yang sedang 'bermain' di bawah selimut itu,ia bergerak ke sana ke mari!.....Tanpa berlengah Fendi berlari ke dapur dan mengambil sebilah parang panjang yang terletak di sebelah sinki.Kemudian,Fendi bergegas semula ke ruang tamu.
Dia kemudiannya dengan berhati-hati memegang bucu selimut itu dan.......zapp!! Dengan pantas, Fendi menarik dan mencampakkan selimut itu ke tepi.Namun sebaik sahaja dia terpandang 'benda' yang bergerak di bawah selimut anaknya itu, jantung Fendi bagaikan terhenti.Lututnya merasa lemah.Serasa parang yang di pegangnya itu juga hampir terlepas.
Apa yang di lihatnya memang sukar untuk di terima akal, hingga Fendi berasa sangsi,apakah ini realiti atau dia sedang bermimpi.Fendi menyangka benda yang bergerak di dalam selimut anaknya itu ialah ular, Tetapi....!!!!!!! Fendi lihat, ada tiga makhluk kecil seperti bayi yang baru berusia lima bulan.Ke tiga-tiga budak itu sedang merangkak bermain-main di sekeliling anaknya.
Apabila menyedari kehadiran mereka di lihat oleh Fendi,makhluk itu terus berdiri.Mata mereka bulat dan berwarna merah, berkilat seperti biji saga.Ketiga-tiga makhluk itu marah kerana Fendi mengganggu mereka bermain.Beberapa saat kemudian,ketiga-tiga makhluk itu tiba-tiba ghaib! Fendi tergamam.Dia berjalan menuju ke sofa di hadapan anaknya itu,lalu duduk tersandar.
Peristiwa itu menguatkan lagi syak Fendi terhadap seseorang, yang di anggap menjadi punca kejadian-kejadian pelik yang berlaku di rumahnya.Kali ini,Fendi sudah tidak tahan lagi.Anak-anaknya kini turut  di ganggu! Dia tidak boleh berdiam diri lagi.Sebelum ini, hanya dia sahaja yang kena.....Yang menganggu Fendi bukan kawan-kawannya.Bukan juga jiran atau saudara-maranya.Tetapi orang yang di syaki oleh Fendi itu ialah ahli keluarga terdekat dan paling rapat dengannya,iaitu isterinya sendiri!....
Fendi mengesyaki Rozi adalah pewaris saka keturunan keluarganya.Sejak dari mula lagi, dia tahu Rozi sebenarnya mewarisi saka itu, dan kini telahannya semakin jelas.Perkara ini bukan baru, dia sudah mula sedar sejak dari awal perkahwinan mereka lagi.Ada beberapa perkara pelik yang berlaku sejak 10 tahun dia dan Rozi berumah tangga dan ia terus berlaku sehingga ke hari itu.Fendi masih ingat lagi,suatu malam di awal perkahwinan mereka, ketika mahu ber mesra dengan isterinya, tiba-tiba dia melihat wajah Rozi bertukar menjadi wajah makhluk yang amat menggerunkan!!!!
Muka Rozi di lihatnya bertukar menjadi hitam dan dia merenung Fendi dengan mata terbeliak ke marahan.Gigi Rozi seolah-olah bersiung sambil air liurnya meleleh-leleh.Fendi hampir terjatuh daripada katil kerana terlalu terkejut.Peristiwa itu Fendi ceritakan kepada isterinya,namun Rozi buat tidak peduli.Kata Rozi,itu semua bayangan dan bukannya betul.
Mungkin Fendi terlalu penat,atau terlalu terpengaruh dengan cerita-cerita hantu ketika berborak dengan rakan-rakannya di pejabat,hujah Rozi menyangkal cerita Fendi.Beberapa malam selepas itu,Fendi terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi mendesir seperti seekor ular.Kali ini,Fendi benar-benar jatuh dari katilnya apabila melihat Rozi berubah menjadi seekor ular tedung yang sedang bersedia untuk mematuk mangsanya!!!
Satu lagi perkara yang membuatkan Fendi yakin bahawa Rozi menerima saka dari keluarganya,apabila  Rozi gemar menyimpan tuala wanita yang sudah di gunakannya. Untuk apa??? Adakah darahnya itu untuk di berikan kepada saka tersebut??? Apabila di tanya, Rozi menafikannya.Kejadian-kejadian pelik yang berlaku itu membuatkan Fendi bertambah yakin, Rozi ada masalah.Sudah puas Fendi berbincang dari hati ke hati dengan Rozi tentang perkara tersebut, namun isterinya tetap mengatakan bahawa itu hanyalah sangkaan Fendi sahaja.
"Sehinggalah sampai pada peristiwa anak-anaknya pula di ganggu oleh saka isterinya itu,Fendi sudah tidak boleh sabar.Tidak lama selepas itu,Fendi dan isterinya bercerai....."jelas Haji  Amli Embong,peguam syarie yang mewakili Fendi dalam kes perceraian tersebut.
Story ini adalah kisah benar yang berlaku kepada Fendi...Tapi lama jugak si Fendi bertahan dengan bininya...10 tahun jugak la...Apa terjadi terhadap Si Rozi bekas jandanya itu....Entah la... 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Petua Mencuci Hati

Hari ini dah dua hari aku sampai dari kampung...rasa rindu pulak kat entry aku ni...Hari ni aku ingin berkongsi pasal Petua Mencuci Hati dengan korang semua...Mungkin korang dah tahu atau belum..tak kisah la...sebab aku suka info ni....he..he..Aku ambik dari pakar motivasi kita..siapa tak kenal dengan Datuk Dr .Haji Fadzillah Kamsah kan!!!!! semua orang kenal dia....Tu yang aku nak share dengan kauorg semua...
Segala aspek kehidupan ini bermula dari hati...Oleh itu,di bawah ini ada beberapa cara hendak mencuci hati kita....
  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa-Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan...Semasa berdoa turut katakan: "Ya Allah,jadikan hatiku bersih".
     2.Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100 kali sebelum tidur.Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.Di samping dosa-dosa di ampunkan.Otak tenang,murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3.Solat taubat-Selain daripada memohon keampunan,dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4.Membaca Al-Quran-Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh,penenang terapi.Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhuallah" sebanyak 3 kali.
5.Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari-Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6.Bisikan kepada diri perkara yang positif-Jangan sesekali mengkritik,kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.Katakanlah:"Aku sebenarnya....(Perkara yang elok-elok belaka)
7.Program minda/cuci minda-paling baik pada waktu malam sebelum tidur,senyum,pejam mata,katakanlah di dalam hati:"Ya Allah...Cuci otak aku,Cuci hati aku,esok aku nak jadi baik,berjaya,ceria,bersemangat,aktif,positif. Menurut kajian psikologi apa yang di sebut sebelum tidur dapat di rakam sepanjang tidur sehingga keesokan harinya- CUBALAH!!!!!
8.Berpuasa-Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan...
9.Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan kejahatan,tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10.Kekal wuduk
11.Bersedekah
12.Belanja orang makan
13.Jaga makanan-Jangan makan makanan yang Subhat (Was-was tidak pasti halal @ tidak)
14.Berkawan dengan ulamak
15.Berkawan dengan orang miskin(menginsafi)
16.Pesan pada orang jadi baik..
17.Menjaga pancaindera (mata,telinga,mulut, dan lain-lain)Jangan dengar orang mengumpat. 



              

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Hari ini balik perak

Diam tak diam aku berpantang dah 15 hari....Hari ini aku nak balik ke perak..sebab mak mertua aku nak tengok cucunya yang baru lahir ni...dengan nak buat kenduri arwah bapak mertua aku meninggal yang ke 100 hari...barang semua dah pack dalam beg...syifa belum lagi aku mandikan...biarlah..mandi lambat sikit..Nanti sampai sana dah malam tak yah mandi lagi...betul tak??lagipun kat kampung sejuk and banyak nyamuk.....Kat kampung nanti mesti bising sebab cucu-cucunya ramai yang balik sebab cuti sekolah..
Camna..syifa nak tido nanti...dengan suasana bising tu..buat pekak jer la..telinga ya syifa...pejam mata..konon2 tak bising..he..he...^--^...Pukul 4.00pm baru bertolak..sebab laki aku keja..dapat keluar time tu..hari nikan jumaat..kena ganti pulak sejam...anak-anak aku dah tak sabar nak balik kampung ni....dah lama tak balik..jumpa opahnya...Dua tiga hari ni...blog aku tak bukak la..tak dapat nak bagi komen untuk kauorg semua...Sorry ya...See you again..
                                                             +
                                                                            














Jumpa lagi....Okey la..entry aku...aku chow dulu....I Love You All......Apa-apa pun...nanti aku cerita lagi pasal aku balik kampung.....
 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

BUat insan yang bergelar Ayah...

Ayah....
Ayah adalah orang yang pertama memperdengarkan Azan & iqomat kepadaku disaat kita di lahirkan...
Ayah adalah Imamku.....
Ayah adalah orang yang rela bekerja siang @ malam untuk kehidupanku...
Ayah adalah pejuangku..
Ayah adalah orang yang pertama maju untuk melindungiku daripada bahaya...
Ayah adalah pahlawanku...
saat ini aku merindui ayah dan ingin berada di sisinya sambil bergurau senda dengannya...
Ayah.....
Maafkan aku yang mungkin sering membuat hatimu terluka di sebabkan kata-kata @ tingkah lakuku...
Ayah....
Maafkan aku yang selalu hadir di fikiranmu....di sebabkan khuatir dan selalu memikirkan kami anak-anakmu....
Ayah.....
Terima kasih atas dakapan erat yang kau berikan  di saat-saat aku mengalirkan airmata kerana kesedihan ,ketakutan dan kesakitan...
Ya Allah....
Ku mohon limpahkan kasih sayangku pada ayah sebagai mana ayah menyayangi aku sejak dari kecil hingga kini....dan panjangkanlah usianya..supaya aku dapat menabur budi padanya.....Amin....


Mutiara Kata:AKAL itu menteri yang menasihati....HATI..itu ialah raja yang menentukan... HARTA itu satu tamu yang akan berangkat....KESENANGAN itu satu masa yang akan di tinggalkan....
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

KEISTIMEWAAN AL-QURAN

Al-quran merupakan kitab suci terakhir yang di turunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.Al-quran tidak di sangkal lagi mempunyai kedudukan yang sangat penting dan juga mempunyai sejumlah keistimewaan jika di banding dengan kitab-kitab sebelumnya.Adapun keistimewaan al-quran itu......
          Pertama,Al-quran memuatkan ringkasan ajaran-ajaran yang di bawa kitab-kitab sebelumnya.Disamping
           itu,al-quran juga "memperkukuh" kebenaran yang di bawa nabi terdahulu,seperti aspek keesaan serta
           keimanan kepada Allah s.w.t.Para rasul,kebenaran tentang adanya hari akhirat,syurga dan neraka serta
           keharusan berakhlak mulia.
Kedua,al-quran juga memuatkan kalam Allah s.w.t. terakhir yang berperanan sebagai penunjuk serta pemimpin bagi manusia.Oleh kerana itu,kemurnian isinya terjaga dan terpelihara dari tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.
Ketiga,keberlakuan al-quran tak di batasi oleh ruang dan waktu.
Keempat,al-quran merupakan kitab suci agama islam dan kerana islam agama dakwah,maka al-quran pun harus di sebar dengan meluas atau di dakwahkan dan agar dakwah itu mudah di fahami,Allah s.w.t. juga telah mewahyukan kalamNya itu dengan bahasa yang sangat mudah. 
 
           

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Suamiku kahwin lagi...

Salam...
Sedang aku lena di buai mimipi..tiba2 ada sorang perempuan menelefonku mengatakan...yg dia isteri kepada suamiku...,tersentak darahku hingga di kepala...aku merasakan dunia ini gelap gelita...bayangkanlah aku tengah berpantang...anak ketiga kami...Betapa hancurnya hatiku....Perempuan itu terus memberitahu bagaimana diaorg kenal dan bagaimana diaorg kawin...,diaorg kawin rupa-rupanya kena tangkap basah dalam sebuah taman kat tasik titiwangsa.....Aku ingin menanyakan hal tersebut kepada suamiku..suamiku belum balik lagi dari tempat kejanya...
Hatiku berdebar-debar menunggu kepulangan suamiku....waktu keja suamiku masuk pukul 7.00am hingga 7.00pm...aku tak sabar menunggu dia pulang....,hatiku berbisik...sabar za..,sabar za...apakah aku di madukan....oh! aku merasakan....aku melihat anak-anakku yang sedang tidur lena...di buai mimpi indah..mereka tidak akan mengerti kalau aku beritahu mereka...Airmataku mengalir laju tanpa dapat di tahan lagi daripada mengalir....hinggus..tak payah cakap la...tersedar baby yang mahu menyusu sambil merenggek...Tiba-tiba....aku merasa sejuk...di kepalaku...
                                                            ***********
    Rupa-rupanya...aku bermimpi..habis basah bantal tidurku di penuhi dengan airmataku....hu..hu.....Nasib Baik MIMPI!!!!!!!!!! (Terlebih tengok cerita Trilogi Cinta Malam Tadi...Sampai Terbawak-bawak di dalam mimpi tidur...Kurang Ajar....) Nasib baik suamiku keja malam..kalau tak mesti dia dengar aku menangis sambil tidur...Pernahkah Anda Bermimpi Seperti Itu....?????
                                                              



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.