25 February 2011

Ragam Si kakak Umur 1 Tahun 3 bulan

Author : Cik Rose Cute | 2:57 PM | 0Total Comments |
video
Waktu nie kitaorang pergi Sungai Congkak.Haziq kecik lagi..baru 5 bulan...kakaknya setahun lebih la...kakak gan haziq beza 2 tahun jer...Tengok la gelagatnya...tak duduk diam langsung.Time ni baru sampai...jauh giler...Haziq mengamuk jugak sebab nak tidur tapi tak dapat tido sebab panas..terpaksalah  kitaorng beransur dulu sebelum yang lain....Ibu lambat masukkan video ni..sebab hari tu..ibu mana ada blog lagi...blog baru start 2010 kot kalau tak silap la....komputer kat umah pun baru ada...Tu yang dah pandai berblog..untuk hilangkan boring....yalah sekarang surirumah sepenuh masa katakan.....hihihi

Note: Aku playback balik story lama hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

24 February 2011

Gelagat Nur Fatin Sahira

Author : Cik Rose Cute | 4:25 PM | 0Total Comments |
video
Ni Video kakaknya..baru 2 tahun lebih....sekrg dah besar dah..5 tahun.Sajer Ibu masukkan video ni...nak tgk gelagat kakak waktu kecik-kecik dulu...he..he..Dia pun suka tgk...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Video Haziq Hanif Baru Dapat Kaki

Author : Cik Rose Cute | 4:18 PM | 0Total Comments |
video
Waktu ni..,haziq belum setahun lagi...,si haziq ni cepat betul dapat kaki..tu yang hiper sangat-sangat tu...,mulutnya lagi bising dari kakaknya...,ibu suka tengok video ni...nampak haziq cam lucu jer...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Girl Or Boy

Author : Cik Rose Cute | 3:49 PM | 0Total Comments |
Hari ni nak cerita sikit...kebetulan ada gambar si budak hiper aktif ni.....tgklah dia bukan main lagi..duk kat patung  tu...sekali tgk cam perempuan..kan...kalau pegi mana2 mesti org tanya budak ni ..girl ke???jenuh ibu menjawab "bukan Boy"...kalau anda tgk?


Tgk...Patung tu..asyik pandang dia..jer...Haziq tetap dengan muka senyumnya...


Ni..lagi comelkan....perasan pulak aku ni...puji anak sendiri...bukan main seronok lagi..benda tu tak gerak pun..kalau menantang tu gerak,tak nak si haziq ni naik...penakut...apala anak ibu ni...sia-sia jer ada anu...Budak ni penakut no 1 dengan lipas,katak,ulat gonggok...lipas jauh lagi..kalau dia nampak mesti dah melalak...takut si lipas gigit dia punyer anu....he..he..

Pssttt!! story Haziq Hanif 3 tahun lebih....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

22 February 2011

Author : Cik Rose Cute | 5:10 PM | 0Total Comments |
Ada Apa Dengan Cinta??

Assalamualaikumm......

Hari ni...nak story sikit..asyik salin resepi jer...penat jari jemariku....
Kakak sebelah umah aku ni..dah bersalin..sepatutnya aku dulu....,tgk2 dia dah bersalin dapat baby boy...Kandungannya baru 36 minggu...aku yang nak masuk 38 minggu ni..tak bersalin lagi...,baby dlm perutku tak nak keluar lagi kot..seronok kat dalam.Kadang2 memang rasa nak bersalin tapi...baby ni main2 jer..sekejep sakit sekejap tak...
             **************************************************
                                         Kalau kau org 
                                                     t
                                            Bengang tak????
           ****************************************************
Tapi bengang tak bengang terpaksa lah kena tunggu.........waktunya belum tiba lagi...tak kisah la...janji baby ni sihat dalam perutku yang membesar ni...he..he...tadi check perut...nurse cakap kalau tak bersalin lagi...minggu depan datang lagi...kesian kat laki aku...wifenya tak bersalin-salin lagi..hu..hu...
     *********************************************************

                                         


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

21 February 2011

Hasil Resepi Dari Mat

Author : Cik Rose Cute | 10:34 PM | 0Total Comments |
LEMPENG BAWANG


Bahan-bahan yg Di perlukan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air-atau ikut lembut
  • 2 camca besar minyak makan
  • 1 biji telur
  • 1 labu bawang besar- di dadu kecil 
  • Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali garam,kacau rata dan tambah garam secukup rasa,bila dah ok-rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan Non-Stick Pan berukuran 8 inci,oles sedikit minyak makan dan bila panas,tuang sesenduk bancuhan lempeng tadi,ratakan dan masak dengan api perlahan hingga permukaan lempeng kelihatan kuning.
  3. Berhati-hati terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga kekuninggan dan kelihatan sedikit garing.
  4. Angkat dan lakukan proses yg sama untuk baki bancuhan-buat hingga siap,hidangkan bersama kuah kari,sambal tumis atau sos kegemaran anda...

*****************************************************************************
LEMPENG PISANG

Bahan-bahan:
  • 250gm pisang - di lecek halus
  • 200ml susu segar - Guna 100ml susu sejat t 100ml air.
  • 1 cawan quaker oat
  • 3/4 camca teh baking powder
  • Sedikit gula - jika perlu
  • Garam secukup rasa
  • Madu- untuk hiasan
  • Mentega-untuk hiasan
Cara Membuatnya:
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu,mentega dan garam.Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa.Rehatkan bancuhan tadi selama 5 minit(Tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit)
  2. Lenser kuali Non-Stick Pan dengan sedikit minyak dan sapu di atas kuali,panaskan dengan api sederhana.
  3. Sendukkan bancuhan tadi ke dlm kuali dan leper-leperkan sedikit.Tutup permukaannya selepas 1-2 minit,buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2,boleh terbalikkan lempeng,masak sekejap lagi,angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
  4. Hidangkan bersama mentega dan madu.
*********************************************************************************
BEBOLA UBI GORENG

Bahan-bahan:
  • Ubi kayu secukupnya
  • Kelapa parut putih-gunakan kelapa sedikit muda
  • Sedikit gula halus
  • Bancuhan tepung untuk menggoreng (tepung gandum 3/4 cawan t sedikit garam t 1 cawan air t sedikit pewarna kuning,gaul sebati hingga tidak berbintil-bintil @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)
  • Sambal kicap
Cara Membuatnya:
  1. Ubi kayu di kerat-kerat kupas kulitnya,cuci dan belah-belah,rebus bersama sedikit garam hingga empuk.Toskan dan letak dalam bekas.Campur sedikit gula (anggaran 1 sudu camca teh)dan juga kelapa parut putih.Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata.(kalau taknak goreng dgn tepung,boleh alihkan ke dlm loyang,tekan-tekan hingga padat,potong dan hidangkan.
  2. Kemudian buatkan bentuk bebola,buat sehingga siap.
  3. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan.
  4. Angkat dan toskan minyaknya di atas paper towel.Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi.
**********************************************************************************
CUCUR UDANG TEMBAM

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan besar Instant Yest (Mauripan)
  • 1 3/4 cawan air - Yg ni kurang lebih,tapi mat sukat dekat-dekat 2 cawan air dia..
  • 1 mangkuk taugeh - Mangkuk sup kecil
  • 5 pokok kuchai - cuci dan kerat-kerat
  • 1 pokok daun bawang - hiris
  • 1/3 camca teh serbuk kunyit
  • 1 camca teh garam
  • 20 ekor udang sederhana besar,cuci bersih,tos dan lap kering-kering dengan paper towel.
Cara Membuatnya:
  1. Dalam satu bekas,masukkan tepung,serbuk kunyit,Instant Yeast,garam dan kacau rata..
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yg tidak terlalu cair atau pekat.(Sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sedikit.
  3. Masukkan taugeh,daun kuchai dan daun bawang,gaul rata dan perap 30 minit.
Untuk cucur udang Tembam
  1. Panaskan minyak untuk goreng terendam.Panaskan senduk mungkin bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas.Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam panas 3/4 penuh.
  2. Lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas.Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk(Gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi)
  3. Ulangi proses membuat sehingga selesai.Goreng hingga kuning keemasan.
  4. Angkat cucur yang telah masak,toskan dan letakkan atas paper towel.Boleh hidangkan bersama sos lada..
Bahan Sos Lada:
  • 5 biji cili merah
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan cuka
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 camca teh garam
Cara Membuat sos:
  1. Kisar cili dan bawang putih hingga halus,tuang ke dlm periuk.
  2. masukkan gula dan garam,masak dengan api perlahan hingga pekat.Tuang cuka,kacau dan masak lagi hingga menjadi sederhana pekat.
  3. Sejukkan..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Ikan Singgang-Resepi dari Mat

Author : Cik Rose Cute | 9:40 PM | 0Total Comments |
Bahan-bahannya:
#
#
#

  • Ikan (tak kisah ikan apa-apa pun..)
  • 1 biji tomato-di belah 6
  • 2 batang serai- di titik
  • 1 genggam daun selasih
  • 3 keping asam gelugur.
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 kiub pati ikan bilis "maggi"(optional)
#
#
#
Cara membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk,tumis bahan tumbuk halus bersama serai titik,hingga harum.Tuang air secukupnya dan masukkan asam gelugur serta kiub ikan bilis dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa  serta sedikit gula.
  3. Akhir sekali masukkan tomato,daun selasih dan masak sekejap.Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Hidangkan segera bersama nasi putih dan ulam-ulaman...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

ROTI SARDIN GULUNG

Author : Cik Rose Cute | 2:52 PM | 0Total Comments |
Bahan-bahan:

  • 8 keping roti putih
  • 2 biji telur-di pukul sedikit
  • 1 cawan serbuk roti-warna oren
Bahan INTI sardin:
  • 1 tin sedang sardin
  • 1 biji bawang besar- di dadu
  • 2 ulas bawang putih-di cincang
  • 1 cm halia-cincang halus
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1 camca sos cili
  • 1 camca teh kicap cair
  • 1 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • 1 pokok daun bawang-hiris halus
Cara Membuatnya:
  1. UNTUK INTI:Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang besar,bawang putih dan haliahingga harum.Masukkan cili kisar dan cili sos kacau rata dan masukkan sardin,kacau rata tambah kicap cair-masak hingga kering.
  2. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan hirisan daun bawang,kacau rata dan matikan api.Biarkan sejuk sebelum di gunakan.
Cara Membuatnya:
  1. UNTUK ROTI SARDIN:Ambil 1 keping roti putih,canai hingga leper isikan 1 camca besar inti,ratakan dan guling seperti Swissroll.Sapukan telur pada hujung roti dan gulung terus hingga melekat.Kemaskan dan susun di dlm bekas .(Buat kaedah sama pada baki roti dan inti.
  2. Panaskan minyak pada suhu sederhana untuk goreng terendam.Golek roti sardine gulung tadi dulu dengan telur,kemudian golekkan dengan serbuk roti,rata dan goreng hingga kuning keemasan.
  3. Angkat dan toskan atas paper towel.Buat hingga siap.
  4. Hidangkan bersama sos kegemaran anda,


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

BISKUT GERMAN @ DEUTSHE KEKSE ( DARI RESEPI UNCLE MAT )

Author : Cik Rose Cute | 2:34 PM | 0Total Comments |
Nak try ler buat biskut ni...cam best jer..lepas pantang nanti boleh try...Sekrg tak boleh la..perut tgh sarat ni...he..he..


Bahan-bahannya:

  • 125gm mentega berkualiti tinggi (marjerin Planta)
  • 125gm tepung kentang @ tepung gandum
  • 80gm tepung halus (Superfined/hongkong)
  • 40gm gula aising-di ayak
  • Secubit garam (resepi asal tak letak )
Kaedah Penyedian:
  1. Satukan tepung kentang @ tepung gandum dan tepung halus-ayak dan ketepikan.Putar mentega dengan gula aising hingga sebati.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Ambil sedikit adunan,kemudian bulat-bulatkan dan susun atas dulang pembakar.Tekan hujung garfu di atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak.Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170 darjah,selama 15 minit(Mat tambah lagi 5 minit untuk mendapatkan biskut yang garing).
  4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT KELAPA(DARI RESEPI MAT)

Bahan-bahan:
  • 225gm tepung jagung(corn strarch)"brown & polson"
  • 150 gm tepung gaandum
  • 1/2 camca teh baking powder (di satukan dan di ayak)
  • 95gm gula aising
  • 75 gm kelapa kering-di kisar halus
  • 25gm serbuk badam
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 200gm mentega atau secukupnya.
Cara menyediakan:
  1. Serbuk badam dan kelapa yang di kisar halus tadi di gaul bersama-sama tepung yang telah di ayak-ke tepikan.
  2. Dalam Mixing Bowl,masukkan telur,gula aising dan esen vanilla,pukul hingga menjadi krim.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Peringkat ini adunan akan menjadi serbuk roti.
  3. Perlahankan speed dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh di canai.Keluarkan doh dari Mixer bulat-bulatkan dan tutup dengan tuala lembab.
  4. Bahagikan doh tadi kepada 3 bahagian.Ambil satu bahagian dan canai di antara dua helai plastik menggunakan torak (alat pengelek )setebal 1/2 cm,terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar.Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur,hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering.Bakar pada suhu 175 darjah selama 15-20 minit.Bergantung pada jenis oven anda.
  6. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan.Sejukkan sebelum di simpan ke dalam bekas kedap udara.
BAHAN HIASAN:
  • Kuning Telur-Untuk di sapu
  • Hirisan Ceri-Untuk hiasan
  • Kelapa kering-untuk hiasan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

NASI 3 WARNA (DARI BLOG KAK ZANA FAHMI)

Author : Cik Rose Cute | 11:38 AM | 0Total Comments |
Mari kita mencubanya...


Bahan-bahan (4-6 orang)

  • 3 cawan beras (beras basmathi pun boleh)
  • 3 cawan air
  • Pewarna merah,hijau,kuning dan secubit garam
  • 1 ketul stok ayam (knorr @ maggie)
  • Beberapa helai daun pandan
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara:
  1. Cucu beras dan toskan
  2. Blend bawang besar,bawang putih dan halia
  3. Panaskan periuk dan masukkan marjerin hingga cair
  4. Tumiskan bahan yang telah di blend hingga naik baunya.
  5. Masukkan 3 cawan air,stok ayam @ maggie,garam dan daun pandan (takde daun pandan gantikan serai pun tak per)
  6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering.
  7. Setelah nasi kering,buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yg berbeza dan masukkan sedikit ketiga-tiga pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
  8. Biarkan hingga nasi masak
  9. Kacau nasi setelah betul2 masak.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

PETUA SELEPAS BERSALIN

Author : Cik Rose Cute | 11:14 AM | 0Total Comments |
LUKA BERSALIN


Bagi ibu-ibu yang baru bersalin,petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut:

  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih.Apabila suam,gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit.Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan di potong dan di cuci bersih.Rebuss bersama halia,beberapa biji lada hitam dan sedikit garam makan bersama nasi atau di buat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih.Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat luka.
  4. Campurkan biji kani,halia,akar kayu dengan air.Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih.Dalam keadaan panas(suam),minum air rebusan tersebut setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari.Selain daripada di rebus,daun pegaga juga boleh di buat ulam.Makanlah bersama garam dan lada hitam yang di tumbuk halus.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

20 February 2011

Author : Cik Rose Cute | 2:02 PM | 0Total Comments |
ADA APA DENGAN CINTA ? ?

Cinta kepada Allah lebih afdal.....,selain cinta kepada suami anda yg tersayang....cinta banyak membawa kita ke arah maksiat..kalau golongan remaja...pula..cinta remajalah yang paling best sanggup memberi apa saja kasih sayang untuk memadu kasih.Ada yang terlanjur...mengandung..dan membuang anak merata-rata tempat.Sekarang sudah jarang kita dengar baby yang orang jumpa merata tempat..betul tak???kalau tak jam 8.00pm mesti ada cerita baby kena buang.
Ni bukan nak cerita baby kena buang...ni nak cerita pasal CINTA.
Bak lagu XPDC..liriknya C.I.N.T.A..Pernah dengar tak?


C-cinta ku yang satu...
I-impian yang nyata..
N-nikmat yang berbeza..
T-tanpa kau dan aku
A-antara kau dan aku...


Begitulah bunyi liriknya kalau tak silap aku....lagu ni memang kegilaaan remaja..pada zaman 70 an...Aku pun suka jugak lagu ni...sampai sekarang...he..3


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ