BISKUT KACANG MASIN RANGGUP IDAMAN HATI

Author : Cik Rose Cute | 9:04 PM | 0Total Comments |
Ni pun dari majalah keluarga...jangan marah ye...


Bahan-bahan:

  • 83gm mentega
  • 125gm gula perang
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 250gm tepung kek
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 167gm kacang tanah masin.
Cara-cara membuat:
  1. Pukul mentega bersama gula perang dan garam
  2. Masukkan telur dan esen vanilla
  3. Masukkan tepung kek dan serbuk penaik ke dalam adunan
  4. Akhir sekali masukkan kacang tanah masin.
  5. Bentukkan dan bakar pada suhu 180 darjah atau sehingga masak.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

BISKUT COKLAT BADAM DESTINASI CINTA

Author : Cik Rose Cute | 8:57 PM | 0Total Comments |
Ni pun resepi dari majalah keluarga.


Bahan-bahan:

  • 138gm mentega
  • 55gm gula aising
  • 1 biji telur kuning
  • 60 gm badam kisar
  • 230gm tepung kek
  • 230gm coklat urai
Cara-cara membuatnya:
  1. Pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.Masukkan tepung kek ke dalam adunan.
  3. Akhir sekali masukkan badam kisar dan bentukkan.
  4. Taburkan coklat urai dan bakar pada suhu 180 darjah atau sehingga masak.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

BISKUT COKLAT RATU HATIKU

Author : Cik Rose Cute | 8:51 PM | 0Total Comments |
Aku ambik resepi ni dalam majalah keluarga,anak sulongku yg tunjuk...Ibu kenapa tak buat biskut ni...?cam sedap jer...aku cakap gan dia...sekrg ibu tak boleh buat..sebab ibu tak larat ni...perut dah besar...tunggu hari jer..Lain kali ibu buat.Anak aku yg perempuan ni..memang hantu coklat pantang ada coklat memang dia suka...ni aku kena salin resepinya..siap ambik gambar lagi..walau pun gambarnya tak berapa cantik.


Bahan-bahan:

  • 100gm mentega
  • 65gm gula aising
  • 50gm susu cair
  • 120gm tepung roti
  • 10gm serbuk koko
  • secubit garam.
Cara-cara Membuatnya:
  1. Pukul mentega bersama gula aising dan garam sehingga kembang.
  2. Masukkan susu cair,tepung roti dan adunan.Kacau sehingga sebati.
  3. Terapkan doh sederhana tebal dengan acuan mengikut corak yang di kehendaki.Bakar selama 15 minit pada suhu 180 darjah sehingga masak.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

KASTARD JAGUNG BERKUAH

Author : Cik Rose Cute | 12:48 PM | 0Total Comments |
Emmm..sedapnya..ni resepi aku ambik dari blog..lupa la pulak...biasa la..umur dah meningkat ni...,nak try buat nanti ni..bila habis pantang nanti...


Bahan2 untuk Kastard:

  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 cawan air
  • 1 sudu besar serbuk agar2
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 tin jagung kremar.
Cara-caranya:
  1. Masak agar2 dengan air sampai hancur,masukkan tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)gula dan jagung.
  2. Masak atas api yg sederhana dan terus mengacau sampai adunan pekat dan berkilat.
  3. Tuangkan dalam acu atau loyang dan biarkan sejuk sebentar,sebelum di sejukkan di dalam peti ais.
Bahan2 untuk kuah:
  • 1 tin susu cair
  • 2 gelas air
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 tin fruit coctail atau longan.
  • 1/2 tin jagung biji
Cara-caranya:
  1. Masak susu,air dan gula dengan api perlahan sampai mendidih.
  2. Biarkan sejuk,masukkan dalam peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
  3. Untuk menghidang,masukkan kuah dalam mangkuk besar,masukkan fruit coctail atau longan dan jagung.
  4. Kemudian masukkan kastard yang telah di sejukkan di dalam peti ais.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

MEE GORENG

Author : Cik Rose Cute | 12:33 PM | 0Total Comments |
Bahan-bahan:

  • Mee kuning-satu bungkus
  • 4 ulas bawang putih-di kisar
  • 2 ulas bawang merah- di kisar
  • Cili kering-di kisar
  • Udang kering-di kisar
  • Garam and gula secukup rasa
  • Cili sos
  • Tauge
  • Fishball
  • Daging-Di hiris nipis2
  • Sayur sawi
  • Tomato buah
  • Carrot -jika suka
  • Telur di goreng hancur.
Cara-cara Membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg di kisar hingga garing dan harum.
  2. Masukkan daging,fishball,udang dan sos cili masak hingga daging empuk.
  3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan tomato buah,carrot,telur,tauhu dan mee kuning,kacau rata dan mesra.
  5. Akhir sekali masukkan sawi dan taugeh.Kacau rata dan balik-balikkan mee sehingga sebati semua.
  6. Boleh di hidangkan dengan hirisan timun,limau kasturi,untuk menambahkan masamnya.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

BELANJAWAN UNTUK BULAN MAC

Author : Cik Rose Cute | 12:21 PM | 0Total Comments |
Ada apa dengan cinta??

Tak lama lagi nak masuk bulan mac..,Dalam bulan mac banyak perkara indah...nak tahu????
  • My birthday
  • Birthday anak keduaku(Haziq Hanif)
  • Mungkin aku tengah berpantang masa tu...(camna nak maman kek birthday aku ni...ada jawapan?)
Orang dalam pantang boleh makan kek ke?Itu soalan bodoh ker?Aku baru berhajat nak makan kek perisa Blue berry...hari tu ada jiran bagi rasa kek perisa tu emmm sedap!!!tak cukup rasanya..tu yang plan nak beli bila birthday aku dengan anak aku...camna erk...
Yang sebenarnya aku bukan nak karang pasal kek birthday..ni ha...untuk belanjawan bulan mac ni...
  1. Rumah-Rm 650.00
  2. Kereta-Rm 350.00 (kereta ni..bulan ni last bayar )
  3. Bil air-zero
  4. Bil api-Rm 73.09 (campur bulan lepas punya tak tahu la..berapa,bil bulan ni tak sampai lagi)
  5. Astro-Rm 84.00
  6. Bil tel-Rm 79.05
  7. Sekolah Sahira-Rm 155.00 (sekali transport sekolah)
  8. Penapis air-Rm 100.00
  9. Susu Haziq-Rm 60.00
  10. Pampers Haziq-Rm 60.00
  11. Hutang-Rm 300.00 (Dengan Abang Ipar pasal rotex hari itu)
  12. Belanjawan Dapur-Rm 300.00
Anggaran semua dalam-Total: Rm 2274.23 tu belum campur dengan bil api bulan ni lagi...




Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

PAU PANDAN ( CHEF ZAM )

Author : Cik Rose Cute | 10:26 AM | 0Total Comments |
Bahan-bahan yg di perlukan:

  • 500gm tepung khas pau atau tepung Hongkong
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar gula
  • 6gm yis
  • 2 sudu besar lemak sayuran
  • 250ml air suam
  • 1 sudu kecil pandan emulco
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau
  • Daun pandan-untuk lapik di bawah pau
Cara-cara:
  1. Campurkan ke semua bahan kering ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan air suam,sedikit demi sedikit sambil di uli hingga doh menjadi kenyel serta tidak melekit di jari.
  2. Bahagikan doh menjadi 2 bahagian dan uli lagi sehingga benar2 licin
  3. Rehatkan doh di dlm 2 biji mangkuk dan tutupkan dengan tuala basah sehingga doh naik 2 kali ganda dari saiz asal (30-1 jam)
  4. Tumbukkan doh untuk mengeluarkan gas yg terperangkap dan uli lagi selama 5 minit.
  5. Bahagikan doh menjadi doh dan pastikan intinya tidak bocor.Letakkan sekeping kertas minyak kecil di bawah setiap doh sebagai alasnya.(daun pandan pun boleh)dan rehatkan doh selama 30 minit lagi sebelum di kukus.
  6. Di kukus selama 10 minit sahaja...
INTI KELAPA:
  • 200gm kelapa parut
  • 2 ketul gula melaka
  • 50gm gula pasir
  • 1 gelas air.sedikit garam
  • 1 helai daun pandan- di simpul
Cara-caranya:
  1. Masak gula melaka dan daun pandan dengan air dan biarkan cair
  2. Campurkan dengan gula pasir dan sedikit garam
  3. Kemudian tapis dan masukkan pula ke dalam kuali.
  4. Akhir sekali masukkan kelapa parut dan gaul rata sehingga kering.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

MEE KARI

Author : Cik Rose Cute | 10:07 AM | 0Total Comments |
Bahan-bahan:

  • 8 ulas bawang merah-di hiris
  • 4 ulas bawang putih-di hiris
  • 10 tangkai cili kering- di kisar
  • 1 cawan udang kering-di rendam and di kisar
  • 1 cawan rempah kari daging (babas pun boleh)
  • 1 biji kelapa santan
  • 2 inci halia-di titik
  • 2 inci lengkuas- di titik
  • 2 batang serai -di titik
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1/2 kg daging(batang pinang)
  • 10 ekor udang- besar2
  • Fish ball
  • kerang
  • Tauhu sponge yang sudah di goreng.
Cara-cara Membuatnya:
  1. TUMIS BAHAN YG DI KISAR HINGGA GARING DAN NAIK BAU.
  2. MASUKKAN REMPAH KARI DAGING YG TELAH DI BANCUH DENGAN AIR,HALIA,LENGKUAS DAN SERAI.
  3. mASUKKAN AIR DAN BIARKAN IA MENDIDIH
  4. MASUKKAN DAGING DAN BIAR HINGGA DAGING EMPUK(JIKA TIDAK PAKAI DAGING BATANG PINANG REBUS DAGING TERLEBIH DAHULU DAN MASUKKAN DENGAN AIR REBUSAN SEKALI)
  5. KEMUDIAN MASUKKAN SANTAN DAN ASAM KEPING DAN BIARKAN HINGGA MERENIH.
  6. MASUKKAN UDANG,KERANG DAN FISHBALL,MASUKKAN GARAM DAN GULA SECUKUP RASA.
  7. AKHIR SEKALI MASUKKAN TAUHU SPONGE.
Bahan2 yang di makan bersama:
  • Mee kuning
  • Timun di hiris halus
  • Tauge
  • Telur rebus-telur puyuh @ telur ayam-di belah dua atau empat
  • Daun sup and daun bawang-di hiris halus
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
Selamat Mencuba...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kandunganku 37 Minggu..

Author : Cik Rose Cute | 9:41 AM | 0Total Comments |
Pejam celik-pejam celik...kandunganku hari ini dah masuk 37 minggu...kakiku dah mula membengkak...tidur malam pun tak lena....Aku melihat suamiku..lena tidur siap berdengkur lagi...Lelaki...mana dia tahu sengsara wanita mengandung...Dua,tiga hari ni...perutku asyik memulas cam nak terberak...jer..dengan sakit belakang,peha macam nak sengugut pun ada....Bagiku yang mengandung anak yang ke tiga..itu perkara biasa...normal bagi Ibu mengandung.Tanda-tanda nak bersalin rasanya tak lagi...
Sebab ku merasakan perutku belum turun ke bawah lagi...,kalau nak bersalin perut kat atas tu rasa kosong...sebab kepala baby dah turun kebawah memasuki saluran.Buat masa ni belum lagi...tunggu jer la...
Aku pantang sendiri jer..mak mertuaku tak dapat datang...tak per ler...aku dah ada pengalaman...,jangan anak-anakku buat hal sudah..gila meroyan pulak aku nanti.Kalau tak arwah Ibuku yang datang..tapi Ibuku dah tiada di dunia...ni.(Al-Fatihah) semoga rohnya di cucuri rahmat ke atasnya.
Suamiku dah mula risau siapa yang akan masak untuknya....Takkanlah aku kot...,sebagai suami harus pandai jugak berdikari...jangan harapkan emaknya sajer...nanti kalau diaorg dah tiada...kita jugak yg kena buat sendiri....,suami aku mengharapkan emaknya datang...tapi emaknya tak dapat datang..elok jugak kesian orang tua tu...dah tak larat nak dukung baby..Mak mertua aku selalu sakit tangan dan kebas  bila lepas buat kerja...sakit lutut la..biasa ler orang dah berumur...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

ROTI SOSEJ

Author : Cik Rose Cute | 1:40 PM | 0Total Comments |
Bahan-bahan (untuk 4 orang):

  • 8 keping roti tawar(gardenia @ apa2 jenis roti) Di buang tepinya.
  • 8 sosej ayam @ daging
  • 1 biji telur-di pukul sedikit
  • Secubit garam
  • Sedikit serbuk lada sulah.
  • Breadrumbs (serbuk roti) secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
  1. Gelek roti hingga nipis/leper.
  2. Balut sosej dengan roti yang leper tadi...Gulungkan..
  3. Potong lebihan sosej yg lebih di tepi roti supaya nampak kemas dan cantik.
  4. Masukkan garam & serbuk lada sulah dalam telur.Celupkan gulungan roti tadi ke dlm telur.
  5. Salut @ golek-golekkan roti yang di celup dengan telur ke dalam breadcrumbc.
  6. Goreng gulungan roti tadi ke dlm minyak yg panas hingga kuning ke emasan.
  7. Dah siap...enak di makan bercicah sos & mayonis.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

RICH CHOC PUDING

Author : Cik Rose Cute | 1:29 PM | 0Total Comments |
Bahan-bahan-(1 loyang sederhana besar)

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula 
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar-agar(10-11gram)
Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan2 kecuali butter dan kacau selalu sehingga mendidih.
  2. Masukkan butter,kacau hingga pekat,angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang anda sukai.
  3. Basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding,apabila sudah beku insya Allah senang nak keluarkan puding tersebut.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

PENGAT NANGKA BERSUSU

Author : Cik Rose Cute | 1:19 PM | 0Total Comments |
Bahan-bahan:

  • 500gm nangka
  • 1 liter santan pekat
  • 200ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200gm sagu
  • 2 helai daun pandan
Cara membuatnya:
  1. Masak santan pekat,daun pandan dan sedikit air sehingga sedikit mendidih.
  2. Kemudian masukkan garam dan gula...tunggu sebentar sehingga gula hancur.
  3. Kemudian masukkan sagu dan biarkan sagu kembang...,sedia untuk di hidangkan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

KEK CORROT BERKRIM KEJU

Author : Cik Rose Cute | 12:02 PM | 0Total Comments |
Bahan A:

  • 4 biji telur gread A
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 280gm gula halus
Bahan B:
  • 250gm tepung gandum
  • 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
Bahan C:
  • 400gm carrot - labu pun boleh
  • 80gm Walnut -badam cincang pun boleh
Cara Membuatnya:
  1. Pukul telur hingga pekat,masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.Masukkan minyak dan pukul rata.
  2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata.Akhir sekali,masukkan bahan C campurkan sehingga sebati.
  3. Masukkan dalam acuan 9 inci dan bakar selama 50 hingga 60 minit suhu 170 darjah
  4. Sejukkan dan hiaskan dengan krim keju.
KRIM KEJU
Bahan2:
  • 125gm cream chese.
  • 100gm mentega
  • 150gm gula icing
  • 1 sudu besar pati oren (sunquik pun boleh )
Cara Membuatnya:
  1. Pukul keju hingga kembang dan masukkan mentega,gula dan oren dan pukul hingga sebati,bolehlah di hias di atas kek.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

KEK LABU MANIS (SaLAM DARI BORNEO)

Author : Cik Rose Cute | 11:30 AM | 0Total Comments |
Bahan-bahan A:

  • 4 biji telur-telur gread A
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 280gm gula halus
Bahan-bahan B:
  • 250gm tepung gandum
  • 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder.
Bahan-bahan C:
  • 400gm labu (boleh di kurangkan ke 300gm jika mahukan kek yang kering sikit )
  • 80gm Walnut
Cara-cara Membuatnya:
  1. Pukul telur hingga pekat,masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
  2. Masukkan minyak jagung dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata.Akhir sekali masukkan bahan C,campurkan hingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam acuan 9 inci dan bakar selama 50 hingga 60 minit suhu 170 darjah.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

AGAR_AGAR ROTI

Author : Cik Rose Cute | 11:21 AM | 0Total Comments |
Bahan-bahan:

  • 1 paket agar-agar
  • 6 cawan air (ikut sukatan plastik agar-agar tu..)
  • Gula-ikut manis
  • 1 tin susu cair
  • 6 keping roti
  • 1 biji telur 
  • 3 jenis pewarna.
Cara Membuatnya:
  1. Roti,susu cair dan telur di satukan apabila roti kembang blender hingga halus.
  2. Agar-agar di rendam sekejap kemudian toskan,satukan agar-agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar2 hancur dan tapis.Masukkan semula ke dlm periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis anda sendiri,apabila gula sebati masukkan bahan2 yg di blender tadi.Kacau sekejap dengan api perlahan.
  4. Bahagikan ke 3 bahagian dan masukkan warna tiap2 bahagian tersebut dan kacau rata.
  5. Tuangkan 1 warna di tengah loyang hingga habis (sekali tuang habiskan 1 warna ) dan diikuti dengan warna yg lain juga di tengah loyang.Tak payah tunggu keras.
  6. Sejukkan di dalam peti sebelum di potong.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

AGAR_AGAR SANTAN GULA MERAH

Author : Cik Rose Cute | 11:08 AM | 0Total Comments |
Bahan-bahan:

  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan kara (guna 100ml santan kotak cap ayam )
  • 1 biji telur di pukul dengan santan tadi
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan.
Cara-caranya:
  1. Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna     gula merah cap bintang tak payah tapis)
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut.
  3. Kecilkan api,kemudian tuangkan campuran santan dengan telur,garam dan kacau terus hingga mendidih.
  4. Tuang ke dalam acuan yang anda suka.
  5. Sejukkan baru di dinginkan dalam peti sejuk.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

PUDING KAREMAL LARIS COKLAT (KAK UMMI)

Author : Cik Rose Cute | 10:58 AM | 0Total Comments |
Bahan-bahan:


Bahan A:

  • 1 tin susu cair (kak ummi guna susu nestle ideal)
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telur gread A
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
Bahan B:
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telur gread A
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil serbuk Nescafe + 1 sudu kecil pes coklat.
Bahan C:
  • 2 sudu besar gula hangus dan campur 4 sudu besar air panas atau boleh guna 2 sudu besar madu.
Cara-cara Membuatnya:
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan -Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan,masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8x8 inci (kak ummi guna loyang bulat berdiameter 7 inci.
  3. Bahagikan dua setiap adunan dan tuangkan separuh dari adunan A ke dalam loyang.
  4. Kukus selama 5 minit atau hingga masak.
  5. Bila dah masak,tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan bahan B ke atas adunan Bahan A.
  6. Ulang adunan A dan adunan bahan B berselang seli sehingga habis.Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan,potong dan hidangkan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

BEBOLA ROTI GORENG (DARI KAK UMMI)

Author : Cik Rose Cute | 10:42 AM | 0Total Comments |
Bahan-bahan:
  • 14 keping roti (plain white bread)-potong menjadi kepingan kecil.
  • 2 biji telur - bersaiz besar.
  • 3 batang cilimerah -potong kecil
  • 1 biji bawang besar- didadu halus
  • Sedikit daun sup/bawang - di hiris
  • 2 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis
  • 6 ekor udang sederhana - di potong kecil-kecil
  • Minyak untuk menumis.
Cara Untuk Menyediakan:
  1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yang besar.Kemudian masukkan telur,cili merah,bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/daun bawang.
  2. Gaul rata-rata,akhir sekali...Masukkan garam dan lada putih serbuk.
  3. Gaul rata-rata dan kepal-kepalkan menjadi bebola.Buat bebola roti hingga habis.
  4. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa,hidangkan bersama sos cili yang anda gemari.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

NASI GORENG PATTAYA (DARI KAK UMMI)

Author : Cik Rose Cute | 3:00 PM | 0Total Comments |
Bahan-bahan-anggaran saja

  • 3 mangkuk sedang nasi putih.
  • 3 tangkai cili merah-di tumbuk.
  • 4 tangkai cilipadi -di tumbuk.
  • 1 labu bawang besar- di dadu.
  • 3 ulas bawang putih -di cincang.
  • 150 gm isi ayam- di potong kecil2
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 batang lobak merah-di hiris batang mancis
  • 6-8 urat kacang panjang.
  • 2 sudu besar kicap pekat manis.
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak untuk menggoreng nasi.
UNTUK TELUR DADAR NIPIS:
  • Dapatkan 2 keping telur dadar nipis
  • 4 biji telur
  • SEdikit garam.
Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yg di tumbuk hingga naik bau dan cili garing sedikit dengan api sederhana.
  2. Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam-kacau sedikit.
  3. Masukkan kicap dan lobak merah-kacau sebentar.
  4. Masukkan nasi dan kacau seketika biar rata.
  5. Masukkan garam dan serbuk lada sulah.Goreng nasi hingga rata dan nampak berasap.
  6. Tutup api dan ketepikan nasi.
  7. Panaskan Non-stick pan dengan beberapa titis minyak masak dan tuangkan telur yg telah di pukul sikit tadi,bahagikan untuk 2 keping dadar.
  8. Masak  dengan api perlahan (tutup pan)
  9. Bila telur telah masak,tutup api dan sendukkan nasi goreng dalam ukuran mangkuk yang sesuai dan telangkupkan aje ke atas telur dadar dalam kuali tadi.Buat lipatan telur tepi,telur menutupi nasi.Ambil pinggan sesuai dan tekapkan nasi yang telah di bungkus dengan telur tadi dan telangkupkan @ terbalikkan pan di tengah2 pinggan.
  10. Picitkan soso di atas telur dan hidangkan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Hospital Banting

Author : Cik Rose Cute | 1:47 PM | 0Total Comments |
Salam....
Hari ini..pukul 6.00am...ibu dah bangun....sembahyang subuh,mandi dan terus bersiap untuk ke hospital Banting.Si haziq dah bangun..,dia menyuruh ibu bukak tv..ibu bukakkan...emmm..biasalah si haziq kalau menonton tv cerita kartun..mesti ada botol susu dekat mulutnya...susu tak minum..cuma nak kebab kat mulut...itulah perangai si haziq..anak ibu yang no dua.
Abah gan kakak belum bangun lagi...,biasalah abah katanya nak bertolak awal..tapi dia masih membuta.
Dah hampir pukul 6.40am,baru lah ibu kejutkan abah gan kakak.Si kakak bila tengok ibu dah siap lawa mulalah tak nak ke sekolah.Di pujuk barulah nak mandi dan pakai baju sekolah.Itupun dalam siapkan dia airmatanya asyik mengalir nak ikut sekali..ibu pergi ke hospital Banting.Ibu cakap gan dia..ibu nak check baby kakak barulah..airmatanya berhenti mengalir.Dah siap..Ibu hantar kakak kat jiran sebelah.Waktu kakak ke sekolah lambat lagi...pukul 8.00am baru van sekolahnya datang...
Barulah ibu bertolak ke hospital Banting...waktu pagi2 ni..biasalah jalannya jem...lambat jugaklah nak sampai kesana...pukul 7.35am baru sampai.
SAmpai sana..Ibu ingatkan area pesakit luar...,tapi bukan..area pesakit pakar.Nasib baik abah belum parking kereta lagi..kalau tak mengamuk laki aku ni....,bisik ibu dalam diam.Dari jauh ibu tengok abah korner balik keretanya.Kitaorang cari bahagian pakar kat belakang bangunan kecemasan.Sampai kat sana ibu terus register kad buku merah dan duduk sementara menunggu ambik no giliran.Biasa la..hospital kerajaan mesti lama nak buat apa-apa hal..(kalau sesiapa pernah pergi hospital kerajaan tentu tahu..).
Akhirnya dapat no giliran 3503....tak lama kemudian abah datang dengan si haziq.No ibu di panggil tapi bukan untuk jumpa doktor..tapi jumpa nurse kat dalam..timbang berat gan check darah tinggi ke tak.Dah siap semua tu..barulah keluar,sebelum tu nurse ada tanya dah makan atau belum,ibu cakap belum...,diaorang suruh ibu pergi makan terlebih dahulu kemungkinan doktor belum sampai.Ibu & abah pergi kantin hospital...nasi lemak dah beli dah..kat tepi jalan..cuma order air jer dua...abah ada ambik bihum goreng..ingatkan nak suap untuk haziq tapi pedas sikit,haziq tak nak makan.
Dah siap makan barulah kitaorang masuk kat situ balik.Sebenarnya jumpa doktor bukan apa...Ibu nak bersalin kat hospital banting..tak nak pegi hospital klang...sebab ibu tak ada masalah apa-apa pun..darah tinggi tak ada,kencing manis tak ada,cuma bersalin sebelum ni...ibu Operate..tu yang diaorang cam tak bagi jer nak bersalin kat sana.Sakit hati betul...tapi tak kisah la...21/02/2011..diaorang suruh datang lagi...malas nak layan...ibu dah dekat nak bersalin dah...Abah bagitahu kita pergi klang jer lah...nak buat camna?Lantak la..doktor suruh datang pada tarikh tu...bukannya ada problem apa-apa pun...cuma doktor tu nak tahu boleh bersalin normal atau tak....Betul jugak cakap abah tu...nanti pening pulak kepala ibu...campur pulak dah dekat nak bersalin ni...lagi 24 hari lagi.Kadang-kadang Doktor ni buat kita sakit hati jer...Abah dah mara-marah...lagi la..ibu sakit hati..,abah tak nak ikut masuk..dengar apa yang doktor cakap...biasa la..lelaki..semuanya nak senang jer...betul tak kawan-kawan blog yang dah kawin...?


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

ROTI GULA MENTEGA (RESEPI SUE SARAWAK)

Author : Cik Rose Cute | 8:46 AM | 0Total Comments |
Bahan-bahan:

  • 1 buku roti-Roti yang hampir expired dan buang tepinya.
  • Butter/marjerin secukupnya.
  • Gula pasir secukupnya.
Cara-cara:
  1. SApukan roti dengan butter/marjerin secukupnya,setelah itu taburkan gula ikut suka manisnya.Susun di dalam dulang pembakar.
  2. Panaskan oven pada 180 darjah selama 5 minit,masukkan roti ke dalam oven dan kecilkan suhu  pada 120 darjah-150 darjah bergantung pada oven masing2.
  3. Bakar selama 15 hingga 20 minit.
  4. Siap untuk di hidang.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

ROTI JALA (RESEPI SUE SARAWAK)

Author : Cik Rose Cute | 8:39 AM | 0Total Comments |
Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandun
  • 2 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecik garam halus
  • Beberapa titik pewarna kuning.
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
  2. Perapkan selama 1/2 jam.
  3. Panaskan kuali dengan api sederhana.
  4. Sediakan kuali leper Non-stick dan masukkan ke dalam acuan roti jala.
  5. Tebarkan/kirai adunan di atas kuali yang di panaskan tadi
  6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
  7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa anda.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

KUIH BAKAR PANDAN (RESEPI SUE SARAWAK)

Author : Cik Rose Cute | 8:33 AM | 0Total Comments |
Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (susu sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan -sedikit bijan jika suka
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.
  2. Blender hingga sebati.
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya.
  4. Taburkan bijan (jika suka)
  5. Bakar 40 minit pada suhu 180 darjah hingga masak.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ