DASHBOARD HOME INSTAGRAM ALL DESIGN TUTOBIES TEMPAHAN FACEBOOK TWITTER

Friday, February 4

Kek Pisang Marble Susu


Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula(3/4 cawan je)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 4 biji pisang yang ranum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur (telur gred A )
  • Secubit garam
  • Sedikit esen vanila
  • Sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko
  • 1/4 cawan choccolate chips (kalau nak tambah)
Cara-caranya:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat,selepas itu lenyek pisang dan campur sedikit garam ketepikan(lepas siap step 1 ni..panaskan oven dengan suhu 17o darjah
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang.Setelah adunan kembang,masukkan pisang yang telah di lenyek tadi bersama minyak masaj lalu di kacau sebati.Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila,kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu
  3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko,kacau sebati dan ketepikan,(bahagi dua setiap adunan plain dalam loyang,tabur chocolate chips then curah 1/2 adunan coklat,buat satu lapisan untuk sebahagian adunan kedua-dua warna,lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu.
  4. Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 60 minit,setelah siap di bakar,sejukkan atas redai (guna loyang 7x7 in untuk bakar kek)

Bawang Besar kurangkan masin Masakan

Kadang kala apabila kita memasak,ada kalanya kita terlebih memasukkan garam dan hasilnya masakan menjadi terlalu masin.Keadaan ini akan menyebabkan masakan tidak enak dan selera terbantut.Jika kita berhadapan dengan masalah ini,apa kata anda potong bawang besar sebanyak tiga atau empat labu dan masukkan ke dalam masakan berkenaan.Insya Allah rasa masin akan berkurangan dan masakan menjadi lebih enak.


Cengkih Harumkan nasi
Nasi yang enak dan harum baunya pasti disukai ahli keluarga.Apa kata anda mencuba petua ini untuk membuatkan nasi di rumah bertambah enak.Sebaik sahaja selesai mencuci beras,masukkan beberapa kuntum bunga cengkih dan secubit garam ke dalam beras yang di tanak.Kemudian tanaklah beras seperti biasa dan anda akan dapat hasilnya beras di hidangkan berbau harum dan juga putih bersih.


Kekalkan kesegaran halia
Halia adalah satu daripada herba dalam bahan masakan masyarakat kita.Bagaimanapun kesegaran halia tidak tahan lama dan cepat mengecut serta kering.Cara untuk mengekalkan kesegarannya adalah dengan menanam halia dalam tanah dan siram setiap hari.Apabila hendak menggunakannya, ambillah secukupnya sahaja.Dengan kaedah yang mudah ini halia sentiasa segar dan secara tidak langsung anda turut mempunyai pokok halia di rumah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...