Author : Cik Rose Cute | 2:38 PM | 0Total Comments |
Kek Pisang Marble Susu


Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula(3/4 cawan je)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 4 biji pisang yang ranum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur (telur gred A )
  • Secubit garam
  • Sedikit esen vanila
  • Sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko
  • 1/4 cawan choccolate chips (kalau nak tambah)
Cara-caranya:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat,selepas itu lenyek pisang dan campur sedikit garam ketepikan(lepas siap step 1 ni..panaskan oven dengan suhu 17o darjah
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang.Setelah adunan kembang,masukkan pisang yang telah di lenyek tadi bersama minyak masaj lalu di kacau sebati.Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila,kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu
  3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko,kacau sebati dan ketepikan,(bahagi dua setiap adunan plain dalam loyang,tabur chocolate chips then curah 1/2 adunan coklat,buat satu lapisan untuk sebahagian adunan kedua-dua warna,lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu.
  4. Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 60 minit,setelah siap di bakar,sejukkan atas redai (guna loyang 7x7 in untuk bakar kek)


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Bawang Besar kurangkan masin Masakan

Author : Cik Rose Cute | 1:00 PM | 0Total Comments |
Kadang kala apabila kita memasak,ada kalanya kita terlebih memasukkan garam dan hasilnya masakan menjadi terlalu masin.Keadaan ini akan menyebabkan masakan tidak enak dan selera terbantut.Jika kita berhadapan dengan masalah ini,apa kata anda potong bawang besar sebanyak tiga atau empat labu dan masukkan ke dalam masakan berkenaan.Insya Allah rasa masin akan berkurangan dan masakan menjadi lebih enak.


Cengkih Harumkan nasi
Nasi yang enak dan harum baunya pasti disukai ahli keluarga.Apa kata anda mencuba petua ini untuk membuatkan nasi di rumah bertambah enak.Sebaik sahaja selesai mencuci beras,masukkan beberapa kuntum bunga cengkih dan secubit garam ke dalam beras yang di tanak.Kemudian tanaklah beras seperti biasa dan anda akan dapat hasilnya beras di hidangkan berbau harum dan juga putih bersih.


Kekalkan kesegaran halia
Halia adalah satu daripada herba dalam bahan masakan masyarakat kita.Bagaimanapun kesegaran halia tidak tahan lama dan cepat mengecut serta kering.Cara untuk mengekalkan kesegarannya adalah dengan menanam halia dalam tanah dan siram setiap hari.Apabila hendak menggunakannya, ambillah secukupnya sahaja.Dengan kaedah yang mudah ini halia sentiasa segar dan secara tidak langsung anda turut mempunyai pokok halia di rumah.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

ABC Animals

Author : Cik Rose Cute | 1:59 PM | 1Total Comments |
Adakah anda suka membeli buku untuk anak anda?Tentu belikan...walaupun budak2 ni suka koyak buku dalam usia 2 tahun hingga 4 tahun.Memang anak kami suka koyak buku,ini book yang kedua kami beli...buku ni tebal tapi boleh jugak diaorang koyakkan.Hendak di marah budak...kadang2 si kakak yang mengajar koyakkan buku.Si haziq kurang sikit..si kakak ni,dah puas pukul tangannnya....dia koyak jugak tak tahu la kenapa.Tahun ni...si kakak dah start sekolah..yang peliknya buku sekolahnya..dia tak koyak pulak..mungkin takut dengan teachernya.Tu yang bengang tu...kalau dengan si abahnya lagi la tak takut...kalau si abah marah dia gelak2 jer...tu la ragam budak-budak ni...kalau dengan ibu....diaorang takut sikit..takut kena cubit...he..3.Ibunya kejanya menyubit aje kalau tak dengar cakap..geram...melihat karenah diaorang.Kalau tak beli book,nanti anak2 tak pandai la pulak ya....,kita nak diaorang jadi pandai..bila dah tua nanti senang sikit....banyak betul ibu membebel hari ini...tak penat jari ker?...hi..hi..memang ragam budak2...kita sebagai ibubapa kena sabar la..yer...melayan budak2 tengah nak membesar ni....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Rendang Daging atau Ayam

Author : Cik Rose Cute | 1:44 PM | 0Total Comments |
Bahan-bahan:

  • Bawang besar
  • bawang putih
  • cili kering
  • halia
  • lengkuas
  • serai
  • kerisik
  • santan
  • kunyit
  • asam jawa
  • Daun kunyit
  • Daun limau purut
  • garam dan gula
Cara-cara Membuatnya:
Bawang besar,bawang putih,cili kering,halia,lengkuas,serai ,kunyit blender.
Masukkan ke dalam kuali seperti kerisik,santan,air asam jawa,gula,garam serta bahan yang di blender tadi.Kacau sehingga sebati.
Masukkan ayam yang telah di potong atau daging yang telah di potong tadi ke dalam kuali kacau.
Ayam atau daging yang sudah hampir masak,masukkan daun kunyit (yang telah di racik) serta daun limau,garam dan gula secukup rasa kacau semua bahan tadi supaya sebati.



Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Rendang tanpa santan

Author : Cik Rose Cute | 1:29 PM | 2Total Comments |
  • 1 ekor ayam (potong 40 ketul)
  • 2 inci lengkuas
  • 1 ketul halia
  • 6 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 20 biji cilipadi
  • 12 batang serai (racik)
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 ketul kunyit hidup (2 inci)
  • daun kunyit (racik)
  • Garam secukup rasa
Cara-cara Membuatnya:
1-Lengkuas,halia,bawang besar,bawang putih,cilipadi,kunyit hidup,serai (Blender semua bahan ini)
2-Bahan yang di blender tadi masukkan ke dalam kuali,kacau.
3-Masukkan ayam telah di potong 40 tadi,gula melaka,garam secukupnya dan masak dengan api perlahan,kacau supaya semua bahan sebati.
4-Bila sudah agak-agak masak ayam serta rasanya dah okey angkat.
5-Seperti biasa tabur daun kunyit yang telah di racik tadi,selepas rendang ayam sudah sejuk.
6-Resepi ini dari abang asri (kelantan) tak payah guna santan untuk kesihatan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Author : Cik Rose Cute | 12:53 PM | 0Total Comments |
Selamat Menyambut Kongsi Fa Chai Buat Kaum Warga cina Di seluruh Dunia.Sempena cuti raya cina ni...kami tak balik kampung pun...,jiran sebelah ni balik kampung kelantan.Diaorang dah lama tak bawak mak diaorang balik ke kelantan.Ayahnya asal orang selangor..tapi dah meninggal .So diarang bawak la....dah 4 tahun maknya tak jumpa sanak saudaranya.
Ni bukan nak cerita pasal diaorang...,ni nak cerita pasal kami sebab apa tak balik....
Bukannya tak nak balik,tapi budget lari...rotex kereta untuk tahun ni,mahal sangat...mentang2 la kereta kami dah nak habis bayar...hujung bulan ni.Biasanya rotex rm 300 jer..setiap tahun....tahun ni rm 600...apa kes la...rotex mahal pulak..alasan kereta dah 10 tahun lebih...,ingatkan kereta dah habis bayar..rotexnya tak la mahal...tapi terbalik la pulak...hai dunia-dunia..semuanya pakai duit...budget lari tu yang tak jadi balik kampung...lagi-lagi ibu ni tengah sarat mengandung...duk lama2 dalam kereta sakit punggung....kebas giler..tu la nasib ibu mengandung ni...hai di hari raya cina ni...ibu meluahkan perasaan la pulak...yer..,malam tadi warga cina makan besar la...bersama sanak-saudara mereka...apa-apa pun Malaysia indah,aman damai dan pelbagai kaum....Semoga malaysia tetap aman....Amin...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Kek Cawan Vanila

Author : Cik Rose Cute | 12:34 PM | 0Total Comments |
Ramuan Kek:

  • 150 g mentega, di lembutkan sedikit
  • 150 g gula kastor
  • 3 biji telur
  • 180 g tepung naik sendiri, di ayak
  • 50 ml susu
  • 1/2 sudu kecil ekstrak vanila

 AIsing:

  • 20 g mentega
  • 60 g keju berkrim, di lembutkan pada suhu bilik
  • 70 g gula aising
  • 2 sudu besar kordial Ribena
Cara Menyediakan:
  1. Putarkan mentega dan gula sehingga ringan dan gebu sebelum memasukkan telur satu persatu.Pastikan setiap telur telah di pukul dengan sebati sebelum memasukkan telur seterusnya.
  2. Masukkan seperuh daripada tepung yang telah di ayak,tambahkan susu dan vanila dan kemudian masukkan baki tepung.Kaup dan balikkan adunan sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam acuan kek cawan (yang di alas dengan acuan kertas) sehingga 3/4 penuh.Bakar di dalam ketuhar (190 C ) selama 12-15 minit atau sehingga kek naik dan berwarna keemasan.Pindahkan kek-kek yang siap di bakar ke rak penyejuk.
  4. Campurkan mentega dan keju berkrim di dalam mangkuk kecil dan pukul sehingga  licin dan berkrim.Tambahkan gula aising dan kordial Ribena-pukul hingga sebati.
  5. Sapukan aising Ribena ke atas kek-kek yang telah di sejukkan.Dapatkan kesan menarik dengan menitiskan beberapa titik Ribena pada bahagian atas aising dan kacau ke dalam aising menggunakan pencungkil gigi.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Mini Burger Berinti Daging Ayam Dan Oat

Author : Cik Rose Cute | 12:06 PM | 0Total Comments |
BAHAN-BAHAN:
400gm daging ayam cincang
1 butir telur
Sebiji bawang besar- di cincang
150 gmoat sedikit keju cheddar
Sedikit Garam dan lada sulah
Sedikit daun salad,timun & tomato-untuk hiasan
Sedikit sos tomato

CARA-CARA MEMBUAT:
  • Gaulkan daging ayam bersama telur dan bawang yang telah di cincang.Masukkan juga oat,garam dan serbuk lada sulah
  • Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam
  • Bentukkan bahan daging tadi mengikut saiz roti burger
  • Panaskan minyak di atas kuali leper dan panggang daging burger sehingga masak
  • Potong dua roti burger dan letakkan sedikit daun salad,hirisan timun dan tomato dan daging dan kepingan keju
  • Setelah siap,bolehlah di makan dengan sos tomato.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Sunway Piramid

Author : Cik Rose Cute | 2:20 PM | 4Total Comments |


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Gambar Untuk Sekolah

Author : Cik Rose Cute | 2:12 PM | 0Total Comments |


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Ragam tak nak ke sekolah

Author : Cik Rose Cute | 8:38 PM | 0Total Comments |




Alangkah seronoknya naluri seorang Ibu dan Abah melihat past time anaknya memasuki alam persekolahan buat pertama kali.Hati berdebar-debar melihat gelagat anak kami..menempuh alam sekolah,walaupun hanya memasuki alam sekolah TBK sahaja.Past time hantar masuk sekolah tak ada masalah,nak sampai sebulan anak kami jatuh sakit (demam).Lama jugak la demam dekat seminggu,3 hari tak sekolah kebetulan masa tu jatuh cuti Thaipusam.Tak la terasa sangat...,bila dah sihat nak ke sekolah balik bukan main susah lagi.Bila bangun pagi,ibu kejutkan dia mula la menangis tak nak mandi sejuk..,tak nak ke sekolah la..macam2 alasannya.Dah dekat seminggu dah dia macam tu.Hari ni tak naik van...terpaksa la..abahnya hantar (nasib baik abahnya ada kebetulan cuti)Sampai di sekolah tak nak turun kereta..puas abahnya pujuk...pastu baru turun masuk kelas..sebelum tu dia pesan kat abahnya suruh tunggu.Abahnya tunggu la kejap,bila cikgunya dah tutup pintu grey..tengok dia okey..baru abah balik.Dekat sekolah dia okey tak la tak bercakap....dengan cikgunya dia okey dengan kawan2nya okey...cuma mengada-gada sikit.Lagi-lagi kalau abahnya ada kat rumah cuti.Apa la kakak ni...kalau ikutkan hati ibu..mau di cubit jer budak ni...(sabar je la..).Ragam budak2 nak meningkat dewasa.Gambar tengah senyum kat atas tu..tu tengah semangat nak ke sekolah tu..hi..hi...Besok ibu tengok camna...kalau menangis lagi siap dia!!!!!(geram)


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Author : Cik Rose Cute | 7:37 PM | 0Total Comments |


Akhirnya....sdah siap sarung bantal baby gan sarung tilam.....Ini hasil tangan Ibu sendiri....comel tak?Tak sabar rasanya nak letak baby kat dalam ni....,lagi seminggu genaplah sembilan bulan.Sarung doraemon ni ibu jahit dengan tangan jer...mesin jahit ada tapi dah rosak...kalau beli nanti tak kena dengan sarung bantal gan tilam,tu yang malas nak beli tu...apa-apa pun...comel jugak...bila ibu snapkan dalam blog ibu ni.Kakak gan haziq dah tak sabar dah nak tengok baby kat dalam katil comel ni....hi..hi...perasan la pulak.Insya Allah bulan 3 nanti,kalau cepat hujung bulan ni.Mintak2 tak ada apa yang problem.Bantal ada 7 biji,bantal golek ada dua okey la tu...banyak jugak.Nak siap sarung bantal gan sarung tilam dalam 3 hari..sakit jugak pinggang gan punggung sebab duduk lama2,lagipun perut dah besar...tengah2 buat kadang2 baby dalam perut ni bergerak..tu yang membuatkan ibu yang mengandung tidak selesa.Yang penting Doktor cakap baby kena gerak.Banyak gerak lagi bagus sebab itu menandakan baby kita sihat dan aktif.Apa-apa pun baby punya katil      
comel kan....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ