Author : Cik Rose Cute | 1:19 PM | 0Total Comments |
Bismillahhirrahmanirrahim.....
Syukur alhamdullilah..kandunganku dah berusia 35 minggu.Rasanya tak sabar nak meletup cepat-cepat..dah tak larat dah nak bawak baby ni....
14 february kena jumpa doktor kat banting...sebab sebelum ni pernah ada sejarah operate...anak no 2.Bukannya masalah apa cuma tali pusatnya terbelit kat tangan gan kaki.Jalan nak bersalin bukak okey...mungkin diaorang takut terjadi perkara yang tak elok.Hari itu pegi bertandang kerumah jiran sebab dia dah bersalin dapat baby boy,kakak tu operate sebab darah tinggi.Kakak jiran tu ada cerita pasal ada orang nak bersalin...tak tahu la..kejadian berlaku kat mana..tapi memang sedih la....mari kita kongsi bersama2..
Hari tu orang tu nak bersalin...dia dengan laki dia dah cakap dia nak operate sebab masa anak yang pertama jalan pintu rahimnya tak bukak,bukak sikit jer...tapi doktor sarankan dia boleh beranak normal...jantung anaknya okey bila doktor scan tengok.
Apa boleh buat Doktor lebih berkuasa...terpaksa la..dia bersalin normal....Bila waktu nak bersalin jalan tak bukak..doktor suruh teran jugak..tapi tak boleh,baby kat dalam dah hampir lemas...dengan tergesa-gesa doktor terpaksa la operate.Dah selesai operate doktor keluarkan baby elok...Selepas bapaknya azankan..badan baby bertukar menjadi biru,kepala menjadi besar..tak sampai beberapa minit dah tak ada....(Innalillahhirrojiummm)Allah lebih menyayanginya.Bapak baby tu marah doktor...kerana kelalaiannya.
Mungkin kes tu kot kena pegi jumpa doktor...Kejadian tu berlaku mungkin kat Kedah kot...entah la...kakak jiran tu pun tak cakap..dia pun tak tahu...
Ya allah! Ya Tuhanku!....selamatkanlah aku dengan anakku ini...Semoga tiba waktu bersalin tiada apa yang berlaku...biarlah..elok semuanya..Permudahkan waktu bersalin nanti hanya engkau yang menentukannya yang buruk dan yang baik....Aminnnnn


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Aku bahagia Di sisimu...

Author : Cik Rose Cute | 9:03 PM | 9Total Comments |



Syukur kepada Allah...,walaupun pelbagai dugaan yang melanda,kita berjaya mengharungi bersama apatah lagi....kita akan menyambut kedatangan orang baru yang bakal menjelang tiba nanti.Alhamdullillah...dengan izin yang maha Esa akan bertambahlah ahli keluarga kita.
Abah....
Lima tahun kita melayari alam perkahwinan dan bermacam-macam dugaan kita tempuhi.Ibu bersyukur abah tetap sabar dan setia bersama ibu.....melengkapkan mahligai yang kita bina...walaupun keadaan yang sederhana.SEmoga ungkapanku ini bagaikan cahaya yang akan menyinarimu buat selamanya....
Abah....
Sesekali badai dan gelora menimpa,mampu kita tepis bersama.Semoga perhubungan ini berkekalan dan di sulami kasih sayang berpanjangan...Bersyukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan kebahagian,semoga berkekalan hingga ke akhir hayat bersama putera dan puteri yang bijaksana.Berkat doa dan kesabaran,kebahagian milik kita bersama.....
Abah...
Sesungguhnya Kebahagian yang hakiki adalah di kurniakan Allah sehingga ke akhir hayat....,semoga impian kita bersama...berpanjangan dan berbahagia hingga ke syurga....Aminnnn


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Author : Cik Rose Cute | 5:52 PM | 2Total Comments |





Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Roti Kebulur

Author : Cik Rose Cute | 5:30 PM | 0Total Comments |
Anda pernah dengar tak makanan yang di panggil ''Roti Kebulur''.Kalau nak cuba makan and try buat...ini resepinya ;Saya ambik kat Tv 1 kebetulan tengok masa tu...time bulan puasa.

Bahan-bahan;
1- Daging cincang
2-Tomato 1 biji (potong dadu)
3-Bawang besar 1 biji ( potong dadu)
4-Mayonis
5-Sos Tomato
Semua bahan di atas Tumis macam biasa.
6-Roti keping (gardenia)
7-Telur
Apabila bahan tumis tadi dah siap,sejukkan dahulu.
Untuk bahan roti gan telur.Roti di salut dengan telur terlebih dahulu,baru masukkan bahan tumis tadi di dalam roti yang telah di salut telur,pastu gulung.
Step yang kedua sama juga,selepas di gulung hidangkan di dalam piring siap untuk di hidangkan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Air Asam

Author : Cik Rose Cute | 5:13 PM | 0Total Comments |
-1 biji limau kasturi             
2-Asam jawa                         
3-8-10 biji cili padi
4-1/2 Biji tomato
5-1 inci belacan
7-1 sudu besar gula
8-1 sudu kecil garam
Bahan di atas Blender dengan air suam
1/2 biji tomato (potong kecil-kecil)
1/2 biji bawang besar (potong kecil-kecil )
Last campurkan bahan belender dengan yang di potong bersama air asam jawa.
Siap untuk di hidang bersama ikan yang anda bakar.  





Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Menu untuk hari ini

Author : Cik Rose Cute | 2:53 PM | 0Total Comments |
Hari ini aku nak masak ikan kembung masak tempoyak,perut ni belum makan apa-apa lagi ni...,tadi rasa tak larat nak masak,biasa la perut dah besar nak masuk 34 minggu.Nanti dah 9 bulan lagi tak larat...kasihan kat baby tak makan lagi,baby asyik menendang jer...,menu hari ini masak...ikan sardin,telur gan ikan kembung masak tempoyak jer la...,dah hujung bulan ni..duit dah kering..masak simple2 jer...kasihan kat abah..balik tengah hari tadi,abah makan roti jer...,hari ini dia ot...kat kilang tak tahu la lapar ke tak....aku ni kira mendera laki..la ni.
   Hai tengah taip ni pun kepala pusing2 jer...sebab tak makan kot...mlm tadi makan kat muara...,balik umah muntah...habis semua keluar....hei..ketam,udang,sotong dan apa yg di makan semua keluar.....entah la kenapa..mungkin badan tak sihat kot.Minggu ni 3 beranak demam...kakak gan haziq pun demam mungkin cuaca sekrg tak menentu...sekejap panas sekejap hujan..faktor cuaca sekrg dah lain tak cam dulu...okey la aku nak masak la...kejap lagi laki aku balik nak makan la pulak...nasib baik laki aku memahami situasi aku ni yang tengah cam ni....Tu yang ibu sayang kat Abah...I Love You So much.....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ