Kek Coklat Kukus (Seridewi/Keluarga)


Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir.
1 cawan susu cair.
1 cawan minyak jagung.
1/2 cawan susu pekat.
3 biji telur.
1 sudu teh serbuk penaik.
1 sudu teh soda bikarbonat.
2 penutup botol esen vanilla.
11/2 cawan tepung gandum.

Cara Membuatnya:
1.Campurkan serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat dan minyak jagung dalam periuk.Kacau perlahan dan masak hingga sebati.Ketepikan seketika.
2.Pukul telur hingga kembang dan masukkan dalam bahan yang di masak tadi.
3.Gaul rata adunan dan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit,gaul hingga sebati.
4.Tuangkan dalam loyang dan kukus selama 50 minit.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Kek Coklat Kukus


Resepi kek ni,ibu ambik dalam blog Salamdariborneo.Sorry ya akak jangan marah ya...saya ambik resepi kek coklat kukus ni....,nak try buat jadik ke tidak nanti.Kakak gan Haziq memang suka Kek Coklat.

Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko (kadang2 saya guna 3/4 cawan tambah 1 sudu teh nescafe)
1 cawan gula pasir.
1 cawan susu cair.
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat.
3 biji telur.
1 sudu teh serbuk penaik.
1 sudu teh soda bikarbonat.
2 penutup botol esen vanila.
1/1/4 cawan tepung gandum.

Cara membuatnya:
Campurkan serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat dan minyak dalam periuk.Kacau perlahan dan masak hingga sebati.Ketepikan seketika.
Pukul telur hingga kembang dan masukkan dalam bahan yang di masak tadi.
Gaul rata adunan dan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit,gaul hingga sebati.
Tuang dalam loyang daan kukus selama 45 minit.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Spagetti Aglio Olio Cendawan


Jom cuba resepi yang amat ringkas,mudah dan verstail ini.Jika terasa lapar pada waktu malam dan anda tidak mempunyai banyak bahan di dalam peti sejuk,ini adalah resepi yang patut di cuba.Anda boleh menggantikan cendawan dengan hirisan ayam atau udang serta makanan laut lain.Rasanya juga lebih enak.Tetapi jika tiada,cendawan kering seperti di dalam resepi ini pun boleh!

Anda Perlukan;
200gm spagetti
6-8 ulas bawang putih-ketuk dan cincang.
Beberapa keping cendawan kering-direndam hingga lembut.
2 sudu besar minyak zaitun.
1 sudu kecil herba-parsli
1/2 sudu kecil lada hitam yang telah di kisar.
2 biji cili kering-di buang biji dan di potong-potong (jika suka)
garam secukup rasa.

Untuk Menyediakannya:
1.Didihkan air dan masukkan spagetti.Apabila spagetti masak (biasanya 8-10 minit atau ikut spesifikasi di paket)tapis dan lalukan air ke atasnya agar spagetti tidak terus masak.Spagetti seharusnya di masak al dente kata orang Itali,maksudnya tidak terlalu masak dan tidak pula mentah.Ketepikan.
2.Atas api sederhana,panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih hingga layu(jangan sampai garing).Masukkan cendawan (udang atau hirisan ayam )dan bahan-bahan lain.Kacau rata.
3.Akhir sekali,masukkan spagetti dan gaul sebati.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Puding Zebra

Bahan-bahan:
28gm agar-agar
900ml air
300gm gula
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung jagung/3 sudu besar mentega
2 helai daun pandan
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko di bancuh dengan sedikit air panas
sedikit pewarna kuning

Cara Menyediakan;
1.Masak agar-agar dengan daun pandan dan air hingga hancur,masukkan gula dan didihkan lagi hingga larut.
2.Pukul telur hingga kembang,masukkan tepung jagung dan susu.Pukul lagi hingga bersatu.
3.Tuangkan ke dalam agar-agar dan masukkan mentega.Bahagikan kepada dua bahagian,satu bahagian warnakan kuning dan satu lagi campurkan koko.
4.Tuangkan sesenduk warna kuning,sejukkan sedikit dan tuangkan pula warna coklat ketengah.Ulangan proses membelang sebagaimana kita membuat kek marble.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Pasta (Buku Rasa Ogos 2008)

Bahan-bahan
250gm spagetti-direbus

Untuk kuahnya:
175 gm pes tomatopuri
100 gm pes tomato
200 gm daging cincang
1 batang lobak merah-di hiris nipis
100 gm cendawan butang
2 biji bawang putih
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1-panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
2-masukkan pes tomato,sos tomato serta daging cincang.Tambahkan sedikit air dan gaul rata.
3-masukkan lobak merah dan juga cendawan butang yang di cincang.
4-perasakan dengan garam,gula secukupnya.
5-Biarkan mendidih dan pekat kemudian di angkat.
6-Hidangkan bersama spagetti yang siap di celur tadi.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Ibu Dan Syurga

Ibu ada terbaca dalam buku Hidayah.Kedudukan ibu dalam islam.Untuk dikongsi bersama anda.
"YA RASULULLAH!siapakah yang paling berhak menerima baktiku?"Nabi s.a.w. menjawab,"Ibumu." "Kemudian siapa lagi ya Rasulullah?" Nabi menjawab, "Ibumu." "Kemudian siapa lagi,ya Rasulullah?" Nabi
menjawab "Ibumu."Kemudian siapa lagi,ya Rasullullah?" Nabi menjawab, "Ayahmu." (HR.Bukhari dan Muslim).
        Demikian soal jawab antara seorang sahabat dengan Rasullullah s.a.w. di suatu ketika.Berdasarkan riwayat di atas,perintah untuk berbuat baik kepada ibu di ulang hingga tiga kali berturut-turut.Hal ini menunjukkan bahawa ibu memiliki kedudukan yang tinggi dalam pandangan Islam.
       Memang,keberadaan manusia di dunia ini tidak pernah lepas dari peranan orang tua,terutama ibu.Ibulah yang melahirkan kita ke dunia ini.Ibu jugalah yang membimbing kita hingga kita membesar dan berjaya.
      Boleh jadi kita tidak akan pernah menghirup segarnya udara di subuh hari.Boleh jadi kita tidak pernah dapat merasakan betapa asyiknya berlarian di tepi pantai jika sebelumnya ibu tidak melahirkan kita ke dunia ini.Beruntung Allah s.w.t menciptakan Siti Hawa sebagai pasangan Adam a.s hingga dunia ini semarak oleh anak cucunya."IBU" di ertikan sebagai "sumber" segala sesuatu."Sumber yang tidak saja melahirkan manusia ke dunia,tidak saja mengasuh dan merawat kita dengan segala ketabahan dan kesabarannya,tapi juga sumber penentu kemana anak-anaknya melangkah dalam mengharungi bahtera hidupnya kelak.
     Ke syurga ataukah ke neraka?Ibu mempunyai peranan strategik dalam menentukan tujuan yang sering-sering di singgung Allah s.w.t.ini.Lebih dari itu,"IBu adalah sekolah.Bila kamu persiapkan,kamu persiapkan bangsa yang baik akarnya,"demikian seorang penyair Arab pernah bertutur.Sedemikian tingginya kedudukan ibu dalam islam,sampai-sampai salah satu riwayat menyebutkan,"Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu,"-meski banyak ulamak yang mendhaifkan riwayat ini.Al-quran sendiri telah menegaskan,"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun.Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua ibu bapamu,hanya kepadaKulah kembalimu,"  (Luqman: 14 ).
      Bahkan salah satu hadis menyebutkan,"Keredhaan Allah terkait dengan keredhaan kedua orang tua," (HR al-Hakim ) .Rasullullah s.a.w.bersabda,"Mahukah kalian aku tunjukkan dosa yang paling besar di antara dosa-dosa besar?" Baginda mengulang pertanyaan ini hingga tiga kali.Para sahabat menjawab, "Ya Rasullullah kami mahu wahai Rasullullah."Rasullullah berkata, "Jangan kalian sekutukan Allah dan janganlah berbuat derhaka terhadap orang tua kalian."
      Ya Allah,ampunilah segala kesalahan kami dan kesalahan kedua orang tua kami.Dan sayangilah mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya kepada kami,sewaktu kami masih kecil dulu,amin..
        Sedemikian tingginya kedudukan ibu dalam islam,sampai-sampai salah satu riwayat menyebutkan,"Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu,"-meski banyak ulama yang mendhaifkan riwayat ini.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Resit makan kami,tapi tak jelas sangat la..ambik gan phone abah.Hari itu makan Rm 89.90 sen kopak duit abah...
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Sebelum shopping makan dulu kat cafe.Lupa la pulak apa nama cafenya.Konon-konon nak makan makanan barat,dah order semua,si haziq langsung tak duk diam,ada je menda dia nak main,kat belakang kitaorang ada sepasang lesbian..sorang tu penuh dengan tanda cinta kat leher,eiiii geli tengoknya.Tapi tengok gitu-gitu jer takut nanti diaorang perasan la pulak.Abah pulak asyik mengejar si haziq cammana nak makan ni...mungkin dia tengok suasana cam best jer,tu yang dia nak main.Makanan ibu dah sampai,ibu order pasta..yum!yum!..abah punya belum lagi.Kopak duit abah makan kat situ dekat rm 100 la...,tapi tak apa sempena bonus abah belanja,makan kat White Cofee tak cam tu.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥



untuk dinner tahun lepas kilang abah ada menjemput otai Amy Search untuk menyanyi .Bestnya...,ibu tak pegi,abah yg pegi.Sempena dinnernya.Tahun ni katanya family day kat Sunway Lagoon.Entah betul ke tidak tak tahu la...,katanya bulan 7 tapi di tunda..tak tahu bila.Kita tunggu je la..
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

ALKISAH ketika Rasulullah s.a.w. sedang duduk-duduk bersama sahabat-sahabatnya diserambi masjid,tiba-tiba datang seorang pemuda Arab,berdiri di depan pintu masjid meratap sambil menangis.Rasullullah s.a.w. kemudian menghampirinya dan menegurnya.
       "Hai anak muda,mengapa engkau menangis seperti itu,"
       "Ya Rasullullah s.a.w,ayah kami baru saja meninggal dunia,"
       "Lantas!,"
      "Akan tetapi tak seorang pun yang mahu memandikan dan mengkafankannya,"
Lalu Nabi s.a.w. mengutus Abu Bakar dan Umar bin Khattab untuk melihat mayat orang tua pemuda tersebut.Namun alangkah terkejutnya mereka ketika di rumah pemuda tersebut.Keduanya melihat dengan jelas bahawa mayat itu kepalanya seperti babi hutan yang hitam legam.Kedua-duanya kembali menghadap Rasullullah s.a.w. dan melaporkan kejadian aneh itu.
    Mendengar berita tersebut,Rasullullah s.a.w. segera berangkat ke tempat mayat itu.Setelah menyaksikan sendiri,ternyata mayat itu benar-benar berwajah babi hutan.Lantas Rasullullah s.a.w. berdoa kepada Allah s.w.t.,kemudian wajah simayat tersebut berubah dan kembali seperti wajah manusia biasa,sehingga para penziarah yang sudah lama berkumpul di tempat itu,bersedia memandikan,mengkafan serta menyembahyangkan jenazah tersebut.
     Ketika semuanya sudah selesai,mayat itu segera di angkat dan di bawa ke kawasan perkuburan.Namun tatkala mayat itu di turunkan kejadian aneh berlaku lagi.Betapa terkejutnya mereka tatkala kain kafan bahagian kepala di buka,ternyata wajah mayat itu berubah seperti kepala babi hutan yang hitam legam lagi.
         "Wahai anak muda,sebenarnya amal perbuatan apa yang pernah di lakukan oleh ayahmu semasa hidupnya?"Rasullullah s.a.w. segera menanyakan kepada anak si mayat.
        "Ya Rasullullah,ayah saya adalah orang yang meninggalkan solat,"
    Mendengarkan keterangan sedemikian Rasullullah S.A.W segera memberi peringatan kepada semua yang hadir seraya berseru:"Wahai sahabat-sahabatku! Saksikanlah olehmu sekalian bahawa orang yang meninggalkan solat,kelak pada hari kiamat oleh Allah akan Di bangkitkan dengan wajah seperti babi hutan yang hitam kelam.Kerana itulah,mari kita selalu berlindung kepada Allah s.w.t.,mudah-mudahan kita semua di jauhkan dari perkara sedemikian itu,"Firman Allah s.w.t: "Katakanlah:"Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang di haramkan bagi orang yang hendak memakannya,kecuali kalau makanan itu bangkai,atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu kotor..."(al An'am:145)
.Berkaitan kisah diatas,maka satu pesanan penting yang dapat kita ambil adalah kewajipan umat Islam untuk lebih memilih dalam mengambil makanan mahupun minuman,apakah di benarkan agama atau tidak.Ini kerana kemungkinan apa yang kita ambil juga akan memberi kesan kepada kesihatan dan perilaku kita.Penderitaan yang di tanggung tubuh Tok Sedik berangkali akibat kebiasaannya,boleh juga satu balasan yang sengaja mahu memperlihatkan kuasa Allah s.w.t di muka bumi ini.Wallahualam.Ini adalah pengajaran yang saya baca di dalam Hidayah...Tentang Tok Sedik Suka Memakan Babi.
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

"YANG baik bukanlah banyak kekayaan dan anak,melainkan pengetahuan yang banyak,kesabaran besar dan saling berlumba dalam ibadat kepada Allah.Apabila berbuat baik,bersyukur kepada Allah,tetapi apabila anda berbuat buruk,mintalah keampunan Allah.Di dunia ini kebaikan hanya untuk dua orang;orang yang berbuat dosa tetapi meluruskannya dengan bertaubat dan orang yang bergegas melakukan perbuatan baik."
"Apabila orang melepaskan sesuatu yang berhubungan dengan agama untuk meluruskan urusan dunianya,Allah akan menimpakan kepadanya sesuatu yang lebih merugikan dari itu."
"Ada banyak orang yang di beri waktu (oleh Allah) dengan perlakuan baik terhadap mereka dan banyak orang tertipu kerana kegiatan dosanya ditirai (oleh Allah)dan banyak yang terpesona oleh pembicaraan baik tentang diri mereka sendiri.Dan Allah tidak mencubai seseorang seberat Ia mencubai orang yang diberiNya waktu(untuk tetap berdosa)."Madah Ali Bin Abu Talib R.A
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

DAN sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Luqman,hikmat kebijaksanaan,(serta Kami perintahkan kepadanya):"Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)!"Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri,dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah),kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Amat Terpuji.(Luqman:12)
Dan (ingatlah!)Tatkala Luqman berkata kepada anaknya,semasa ia memberi nasihat kepadanya:"Wahai anak kesayanganku!Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain),sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar!" (Luqman: 13)
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata:"Wahai anak kesayanganku! sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau buruk )sekalipun seberat biji sawi,serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi,sudah tetap akan di bawa oleh Allah (untuk dibicarakan dan dibalasnya);kerana sesungguhnya Allah Amat Halus PengetahuanNya,lagi Amat Meliputi segala yang tersembunyi,"(Luqman:16)
Wahai anak kesayanganku!Dirikanlah sembahyang,dan suruhlah berbuat kebaikan,serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar,dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang di kehendaki diambil berat melakukannya,"(Luqman:17)
"dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah)kepada manusia,dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur,lagi membanggakan diri,"(Luqman:18)
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.